Connect with us

Artis / Selebriti

” Kasih seorang kakak, Dekta ganti tempat ibu yer nak.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Perempuan Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra Yang Teruja Menjaga Adiknya, Ayash Affan. Bagusnya Dek Ta, Usaha Ringankan Tugas Daddy. Penyayang Sungguh !!

Semalam menjadi detik bersejarah buat Shuib sekeluarga apabila anak bongsunya, Ayash Affan dibenarkan pulang ke rumah. Disambut dengan alunan selawat oleh seluruh keluarga terutamanya abang-abang dan kakaknya, video Shuib itu menyentuh hati peminat.

Shuib sentiasa berkongsikan perkembangan semasa anak-anaknya ini di Insta Story miliknya. Talita satu-satunya anak perempuan Shuib mula menunjukkan sifat penyayangnya terhadap si adik. Meninjau akaun Instagram Inaijari, beberapa video telah dikongsikan yang memaparkan gelagat Talita.

Walaupun masih kanak-kanak, Talita tetap berusaha membantu daddynya itu dalam menjaga Ayash. Pada posting pertama, Talita sudah siap menyusun barangan keperluan Ayash seperti pampers dan barangan mandian di atas trolley.

Apabila ditanya Shuib sama ada Talita boleh menjaga Ayash, terus sahaja Talita menjawab boleh. Iyelah bayi kecil seperti Ayash ini memang kerap bangun untuk menyusu. Shuib juga memberitahu Talita 3 jam sekali Ayash akan menyusu dan Talita menjawab ‘tak kan tak boleh ‘.

Jom tonton video di bawah :

https://www.instagram.com/p/CTzNAXXl1a0/

(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

https://www.instagram.com/p/CTzud8vPoqh/

Sudah terserlah sifat penyayang Talita ini sama seperti arw4h ibunya. Kesungguhan Talita ini menarik perhatian peminat dan antara komen-komen mereka :

” Suka sangat tengok talita ni, tak tahu kenapa. besar ni nanti confirm cantik dan attractive macam ibunya. semoga talita berjaya dunia akh1rat anak solehah.. “

” Alhamdulillah, bagus kakak dah pandai. kakak ada sifat keibuan.. semoga menjadi kakak yang solehah ya sayang.. “

” Kasih seorang kakak, baiknya kakak Talita. Dekta ganti tempat ibu yer nak. Pandainya Dek Ta dah siap sedia semua kelengkapan untuk baby Ayash Affan.. “

” Takkan tak boleh, Allahu seb4knya dengar. Kasih seorang Kakak yang ada rasa tgjwb pada Adik, Ayah & keluarga sama2 membantu. Semoga dgn kebaikan anak2 arw4h, syurga mjd tmpt penyatuan mereka. Aamin.. “

” Goodjob kakak talita. tolong daddy jaga adik ayash tau. buatkan susu tau, nnti ibu mesti sgt happy kakak tlg daddy jaga adik.. “

” Alhamdulillah kakak dah besar. dah pandai nak tolong daddy jaga adik, anak yg solehah. Nampak dah matang, moga jadi pengganti ibu untuk jaga adik-adik. Aamiin.. “

” Seb4k lak nenda tengok, semoga kakak Talita jadi kakak yang baik pengganti ibu untuk jaga adik-adik dengan baik ye sayang.. “

Pastinya Shuib juga rasa bangga dengan anak perempuannya ini yang sudah ada rasa tanggungjawab terhadap si adik. Semoga Shuib sekeluarga diberikan kemudahan dalam menempuhi hari-hari mendatang dan bahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, IG Shuib

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT