Connect with us

Artis / Selebriti

” Kalau anak awak saya caj sejam RM180, seorang tau. Kalau 4 orang dah berapa kan.. ” – Suami Ina Naim

Video suami Ina Naim, Khairul Rizal kongsi cerita bagaimana caranya mengajak Ina berkahwin buat ramai terhibur. Wah padu betul ayat Khairul bagi, patut Ina setuju. Part last tu Ina pecah rahsia Khairul, berdekah semua gelak, haha..

Diam tak diam, sudah 1 bulan lebih penyanyi Ina Naim bergelar isteri kepada Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor. Pasangan ini sering dilihat membuat video live bersama-sama di akaun TikTok untuk mempromosikan produk jualan mereka dalam masa yang sama menghiburkan pengikut-pengikut.

Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik quranenuur, telah dikongsikan video terbaru Ina bersama Khairul. Menerusi video itu, Khairul berkongsi cerita bagaimana caranya mengajak Ina berkahwin. Kata Khairul memulakan bicara, Khairul mempunyai pengalaman selama 14 tahun menjadi tenaga pengajar di sebuah institusi pendidikan peringkat diploma.

Tambah Khairul lagi, jika Ina mahu dirinya mengajar anak-anak Ina, Khairul akan mengambil caj 1 jam sebanyak RM180 setiap orang. Namun, seloroh Khairul, jika Ina berkahwin dengannya, maka segala caj mengajar tidak dikenakan dan ianya adalah percuma sahaja.

Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur mendengar apa yang diceritakan oleh Khairul. Ramai yang mengatakan yang rupa-rupanya Khairul juga seorang yang kelakar seperti arwah suami Ina dahulu iaitu Suhaimi Saad.

Tonton video di bawah ini Β (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@quranenuur

Amboiii bijak betul En Khairul ni yee🀣🀭 #fyp #enuurhq #alquranenuur #inanaim #jarofdoa

♬ original sound – ENUUR.HQ

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Rezeki Ina Naim dapat suami sebelum dan sekarang yang baikΒ² dan hebat.. Semoga Ina dan Khairul kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. “

” Jenis suami lawak jugak Ina dpt.. Rezeki Ina…Arwah SS pun lawak jugak… Moga bahagia kamu berdua.. InsyaAllah.. “

” Suka tgk Ina dah bahagia skg,dpt gelak ketawa dgn suami.. Tak segan dah dia.. Jgn samakan life Ina dgn yg dlu, dulu tu Ina kurang mcm gini.. Doa yg baik2 je utk dorang.. “

” Kelakar dua orang ni.. Macam tu je En Khairul gula2 kan Ina hahaaha.. Ina pun pecahkan rahsia Khairul, hahahaha.. “

” Ooh tu cara nk dapat kawin ngan mak nya.. Awal2 berniaga, hahahaha.. Pandai betul Khairul pancing Ina, hehehee.. Sweet pula tengok diorg ni.. “

” Hahahahahaha pandai, geliga otak Khairul ni, hahhaa.. Pecah rahsia.. Takpa Ina… Free dah sekarang ni… Bertuahlh… Pandai sungguh Khairul tackle.. “

” Cpt ketua keluarga dh start ajar ankΒ²… Dh bg wktu free 2 minggu dh, hahahahaha.. Lawak dua2 ni, Suka tengok, semoga bahagia till janah.. “

Pandai Khairul berseloroh, senang sungguh cara Khairul mengajak Ina kahwin. Part Ina pecah rahsia dah dua minggu kahwin, anak-anak masih tak belajar lagi turut mencuit hati ramai. Apa-apa pun, semoga Ina dan Khairul terus bahagia bersama selamanya serta didoakan rumahtangga mereka kekal hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok quranenuur

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT