Artis / Selebriti
” Muka Bell terus jadi blur kena tipu dengan ‘Maria’ , haha.. ” – Komen Netizen

Video Darling Ngasri menyamar sebagai ‘Maria’ menelefon abangnya, Bell Ngasri buat ramai terhibur. Terkejut Bell bila tahu Darling yang call. Boleh Bell tak cam suara Darling. Part Bell bagi sebab minta maaf dekat Darling tu kelakar. Jujur sangat pengakuan Bell tu, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Hot FM, telah dikongsikan video yang memaparkan telah menerima satu panggilan daripada seorang wanita. Menerusi video itu, pemanggil tersebut memperkenalkan namanya sebagai Maria.
Maria berkongsi cerita yang dirinya mempunyai seorang abang yang sangat baik. Sejak dahulu abangnya sering menghantar dia dan adik-adik yang lain ke sekolah. AG dan Dara Fauzana bertanya kepada Maria, kenapa Maria asyik memuji abangnya seorang sahaja sedangkan Maria mempunyai 6 adik-beradik.
Kata Maria, dia perlu memberikan kata pujian sahaja kepada abangnya kerana abangnya baru sahaja menerima Anugerah Bintang Paling Popular pada tahun lepas. Mendengar apa yang Maria katakan, kelihatan Bell Ngasri seakan terkejut dan terpinga-pinga.
Rupanya-rupanya ‘Maria’ adalah Darling Ngasri iaitu adik kepada Bell. Perkongsian video ini telah mengundang tawa ramai. Ada peminat mengatakan terhibur melihat reaksi wajah Bell setelah terkena prank call daripada adiknya sendiri.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Muka Bell jadi blur terus kena tipu dengan ‘Maria’ , haha.. Bell kau rupanya suka tarah duit adik rupanya, hahahaha.. “
” Saya dengar juga td, semau kena prank, hahaha.. Banyak kali dengar, suka betul diorg ni.. Daripada kecik tengok diorg ni.. “
” Habis control dah suara tu, last2 sekali dia gelak, abang dia kenal suara dia, hahaa.. Untung lah ada abang, da pula abang mcm Bell, mesti meriah.. “
” Hahahaahahaa tarah duit adik, haha.. Abang paling rare ni.. Tapi sweet tengok adik-beradik ni, nampak rapat betul mereka.. “
” Memang cili padi betul, hahaaa.. Auto teringat Bell berlakon dgn adik2 dalam cili padi.. Tengok2 semua dah tua, haha.. “
” Yak yak yeeyyy betul kau Bell.. Hahaha pecah rahsia suka pau duit adik rupanya.. Darling kelakar betul lah, hahaha.. Aku pun gelak dengar.. “
” Dia tahu suara adik dia ketawa.. Berkekek aku gelak Bell.. Tarah duit tu paling kelakar.. Jujur terus Bell minta maaf dengan Darling.. “
Part Bell meminta maaf pada Darling mencuit hati ramai. Jujur sungguh Bell mengaku kesalahannya sejak dari kecil lagi. Apa-apa pun, bak kata warganet, seronok melihat keakraban Bell dengan adik-beradiknya. Semoga Bell dan keluarga terus bahagia bersama selama-lamanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976, darlingasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti3 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Unexpected menu dia buat, sekali aku pun berdekah, haha.. ” – Komen Netizen