Artis / Selebriti
” Saya tahu masa kita bersama singkat sangat.. ” – Falah

Video bingkisan rasa Falah untuk Suri buat ramai sebak dan berjurai air mata. Sedihnya bait-bait kata Falah, kata-kata cinta dan semangat untuk insan tersayang..
Pengakhiran episod 35 drama Andai Tiada Dia semalam membuatkan penonton banjir dengan air mata. Dari awal episod sehingga ke akhir, air mata menemani penonton melihat kesedihan Suri dan Falah. Beratnya Suri untuk melepaskan Falah pergi, namun Allah sudah takdirkan pertemuan dan jodoh mereka sampai di situ sahaja.
Penonton turut menangis teresak-esak ketika melihat Falah sedang nazak. Meninjau entry di akaun Tiktok Bambam Studios, telah dikongsikan satu video yang memaparkan bingkisan rasa Falah khas untuk Suri. Falah merasakan hidupnya sempurna dengan kehadiran Suri.
Sayang dan cintanya Falah terhadap Suri sejak kali pertama mereka bertemu. Suri pelengkap kehidupan Falah dan Falah melihat Suri adalah wanita yang kuat menghadapi segala dugaan dalam hidup. Ketika ini Suri pasti sedang berduka kerana kehilangan Falah tetapi Falah yakin Suri akan bangkit secepat mungkin dan kembali bahagia.
Ucapan yang ditinggalkan oleh Falah untuk Suri ini meruntun hati warganet. Besarnya sayang Falah, begitu juga lah besarnya rasa kasih Suri terhadap Falah. Walaupun ini hanyalah sekadar lakonan tetapi kisah hidup Falah dan Suri benar-benar meninggalkan kesan di hati penonton.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@bambamstudiosofficial Korang akan bertambah sedih bila tengok video Falah ni…😭😭😭😭 @Zahiril Adzim Falah😭😭 #A#AndaiTiadaDiaA#ATDm#megadramaa#astromalaysias#sookamalaysiab#bambamstudiosm#malaydramat#trendingA#AstroBaharuD#DramaTikToks#sembangentertainmentd#dramaviralf#fypシ#SembangMovieB#BamBamStudiosK#KongsiBersamaKongsiCerita
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mak ayah falah redha , suri redha , semua redha .. Aku yang tak redha.. Sad ending yang sangat terkesan.. “
” Asal rasa macam real wehhh, sngat terkesan dgn drama ni. sakit mcm tercucukk dlm hati.. mcm real walaupun drama je.. “
” Sampai pagi ni aku nangis falah meninggal smlm. kasih dan sayangnya seorang Falah terhadap Suri.. suri hati yang bertahun-tahun dia tunggu tapi sayangnya takdir tak memihak pada dia.. “
” Ini lah realiti kehidupan.. macam mana pun kita usaha, xde siapa mampu menolak takdir ajal.. 4 episod last ni betul2 terkesan.. tepat menusuk ke hati.. plot twist yg boleh berlaku pd hidup sesiapa.. “
” Sedih seyh.. ada pengajaran dr citer ni, Setiap manusia yg hadir dlm diri kita adalah pinjaman semata-mata.. “
” Rasa mcm dlm dunia realiti, terkesan sangat sangat lakonan diaorg. sedih wehhh tmbh bila dgr lagu ni.. “
” Watak yg paling berat untuk diterima pemergian nya dan paling berat untuk dilepaskan…. Al Fatihah buat arwah Falah.. “
Bukan mudah untuk redha dengan pemergian insan tersayang. Sayangnya Falah kepada Suri melebihi dirinya sendiri. Falah lambang suami yang penyayang dan pembimbing isteri ke jalan Allah. Semoga segala yang terjadi dalam drama ini dapat kita semua jadikan pengajaran dalam kehidupan. Selamat tinggal Falah.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Bambam Studios Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedihnya, apa perasaan ex husband Erma dengar macam tu ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen