Connect with us

Artis / Selebriti

” Jawapan Dekta buat aku menangis. Tak sangka itu yang Dekta fikirkan.. ” – Komen Netizen

Video anak perempuan Shuib Sepahtu, Thalita memberitahu alasan kenapa dia mahu menjadi penyanyi buat warganet sebak. Berubah air wajah Shuib dengar jawapan Thalita. Tak sangka Thalita jawab macam tu..

Nama Thalita kini menjadi sebutan ramai, apatah lagi setelah show pertama Thalita di hadapan ribuan penonton berjaya dan mendapat pujian ramai. Thalita satu-satunya anak perempuan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin. Sebagaimana yang diberitahu oleh Raissuddin, Thalita baru seminggu yang lalu memberitahu dia mahu menjadi seorang penyanyi.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib bertanyakan kepada Thalita penyebab Thalita berubah fikiran ingin menjadi penyanyi. Jawapan Thalita di luar jangkaan Shuib dan Shuib sendiri terkedu mendengar jawapan Thalita itu.

Kata Thalita, dia menyanyi semata-mata untuk Shuib. Dalam fikiran Thalita, dia hanya memikirkan mengenai daddy nya itu dan mahu daddynya disukai oleh semua orang. Terlalu banyak yang terjadi sejak kebelakangan ini yang melibatkan nama Shuib dan ianya meninggalkan kesan terhadap Thalita.

Komen-komen yang berbaur kecaman sebilangan warganet terhadap Shuib membuatkan Thalita sedih dan itu menguatkan tekadnya untuk melakukan sesuatu yang boleh merubah semua persepsi orang luar terhadap daddynya itu. Thalita anak yang matang dan sikapnya itu saling tak tumpah seperti arwah ibunya.

Jom tonton video di bawah :

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@myaashwar

Bagusla dekta ni. Matang dari umur dia. #fyp #foryourpage #shuibsepahtu #dekta #thalita #fypage

♬ original sound – Mya – Mya

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Anak perempuan ni lain kadang dia akan pikir panjang masa akan datang.. bagusnya dekta ni. anak yang baik dan sangat matang.. “

” Bagusnya dekta.. walau bapak dia mampu.. bagus laaa.. ya dia matang dr usia.. dia nk nyanyi sbb nk tlg shuib.. sedih plak aku.. “

” Allahu sebakkkkk.. rupanya dekta terkesan dengan semua komen dan hentaman pada daddy dia.. anak-anak terluka.. “

” Jawapan Dekta buat aku menangis. tak sangka itu yang dekta fikirkan. bukan untuk diri sendiri tapi untuk daddy.. anak solehah dekta.. anak yang menyenangkan daddy.. “

” Pengorbanan seorang anak.. Dekta dah besar… Mesti dia pon baca isu tentang daddy dia.. sedikit sebanyak dia pun ada terkesan dan terluka dengan semua kata-kata yang dilontarkan pada daddy dia tu.. “

” Sedih dan mengalir air mata bila anak-anak yg sedih kerana kata-kata orang lain.. dek ta baik sangat sama seperti perangai emak dia arwah siiti Sarah.. “

” Sedihnya Thalita sanggup berkorban demi daddy & family.. kanak² berfikiran dewasa.. berwawasan.. menyanyi² juga, jaga batasan.. inshaAllah jadi muslimah berjaya bila dewasa kelak, mcm Arwah ibu ye Dekta.. “

Siapa sangka, segala kata cacian yang dilemparkan kepada Shuib memberikan kesan sebegini besar untuk Thalita. Besarnya rasa kasih seorang anak untuk ayah dan dia bertekad untuk membuat semua orang sukakan Shuib. Moga sama-sama kita semua menjaga kata-kata kerana kita tidak tahu banyak hati yang terluka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era, Tiktok Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT