Connect with us

Artis / Selebriti

” I memang takde cita-cita nak jadi penyanyi ke pelakon.. ” – Neelofa

Video Neelofa Dedah Cita – Citanya Suatu Masa Dahulu Ketika Bersembang Dengan Scha Alyahya Dalam Program Next To Neelofa. Memang Tak Ada Dalam Kamus Hidup Lofa Langsung Nak Jadi Artis. Memang Tak Sangka Sangat Cita-Cita Lofa Ni !!

Seorang yang cukup popular dan dikenali Noor Neelofa Mohd Nor dengan panggilan mesranya Neelofa atau Lofa merupakan seorang pelakon, pengacara dan usahawan berjaya dalam dan luar Malaysia. Neelofa mula menceburi karier pengacaraan melalui program TV Melet0p. Kemudian mula mengendalikan rancangan pengacaraan melalui program TV sendiri iaitu Next To Neelofa yang sedang ditayangkan pada setiap Khamis jam 9 malam saluran Astro Ria.

Umum mengetahui Next To Neelofa merupakan satu slot yang berkonsepkan bual bicara. Untuk episode baru – baru ini, Scha Alyahya tidak terlepas menjadi salah seorang tetamu undangan. Kedua – dua bintang kelahiran dewi remaja ini kelihatan sungguh bergaya dalam program yang telah siarkan.

Neelofa telah mengenakan pakaian yang cukup sopan berwarna kuning malahan Scha pula begitu elegant menggayakan sepasang busana bercorak kombinasi warna putih dan coklat. Kedua – duanya kelihatan begitu cantik. Bagi sahaja pilihan warna apa untuk digayakan pastinya kelihatan cantik dan bergaya.

Melalui perkongsian video pendek di Instagram lofa.page telah memaparkan satu adegan perbualan mereka mengenai cita – cita masa dahulu. Rupa-rupanya Neelofa dan Scha mempunyai cita – cita yang lain dan tidak pernah terlintas untuk menjadi seorang pelakon dan pengacara. Agak – agak apakah kerjaya idaman Neelofa dan Scha yang sebenarnya.

Mari sama-sama kita ikuti perkongsian video di bawah :

Video yang dikongsikan menarik perhatian para peminat. Comel betul reaksi mereka berdua. Kedua –ย  duanya kelihatan begitu mesra dan selesa dan siaran bual bicara itu. Masing – masing keriangan berkongsi cita – cita mereka yang lalu. Antara komen yang dit1nggalkan oleh peminat :

” Ustazah Neelofa.. auww matching sangat.. Mudah2an saling melengkapkan..”

” Cita2 itu berubah ikut situasi semasa.. Kelakar lah neelofa nie..”

” Ehh.. Nk jadi ustazah.. Tetiba kan.. Hehe.. Tp #rakansekerja cikgu TESL kan.. “

” Neelofa share yg dia pun ade mslh str3ss bler dtg set (kerja) so how dia overcome bnde tuu..?? Ade sape2 yg tengk full.. “

” Ahahahaha Ya Allah . Bestfriend betul dorang nie.. “

” Kita fans lofa nie pun taksabar nak tgk lofa kahwin nie kan lagi bestfriend dia ya dak..

” How many years ofย  friendship lofa and scha eh?? “

Scha mengakui sejujurnya karier utamanya suatu ketika dahulu ingin menjadi news reader. Selain itu, Neelofa juga turut mengeluarkan kenyataan bahawa sebenarnya dia mahu menjadi seorang penceramah. Penceramah yang dimaksudkan ialah Ustazah. Kedua-duanya tertawa terbahak – bahak dengan perkongsian mereka.

Boleh dikatakan, Neelofa dan Scha sama – sama seorang selebriti yang telah mencipta nama sehingga ke peringkat yang tinggi. Pastinya ramai peminat mereka yang menjadikan mereka sebagai sumber inspirasi kejayaan. Kami di Berita Kopak mengharapkan semoga Neelofa dan Scha terus menjadi seorang yang menginspirasikan orang lain dan sentiasa disenangi setiap insan lain.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Neelofa, Scha Alyahya, Lofa.Page

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright ยฉ Berita Kopak

##FREAKOUT