Connect with us

Artis / Selebriti

” Korang boleh nampak badan saya berubah.. ” – Neelofa

Video respon Neelofa apabila ditanya adakah dia sedang hamil anak ketiga raih perhatian ramai. Ini respon tuan badan sendiri, yang lain jangan nak memandai-mandai ye..

Meninjau di akaun Instagram milik Astro Gempak, telah dikongsikan sebuah video temubual bersama pengacara dan usahawan, Neelofa. Menerusi video tersebut, Neelofa menjawab persoalan ng mengatakan dirinya sedang hamil anak ketiga.

Menurut Neelofa, dia masih berpegang pada pendirian untuk tidak mengumumkan kehamilan anak ketiganya secara terbuka kepada umum. Jelasnya, sejak kelahiran dua cahaya matanya sebelum ini, dia juga tidak pernah menjadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang perlu dikongsikan secara terperinci di media sosial.

Ujar Neelofa, keputusan itu dibuat kerana baginya soal kehamilan dan keluarga merupakan perkara yang cukup peribadi. Malah, dia percaya tidak semua perkara dalam kehidupan perlu dikongsikan kepada umum, terutama apabila melibatkan keluarga tercinta.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran susu pisang yang berlangsung di sebuah kafe. Ketika ditanya mengenai jantina bayi memandangkan ramai yang sudah mula membuat spekulasi, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz itu tetap memilih untuk tidak berkongsi sebarang maklumat lanjut kerana menganggap perkara tersebut sebagai privasi keluarga.

Dalam pada itu, Neelofa turut meluahkan rasa syukur apabila kehamilannya mendapat perhatian serta doa yang baik daripada orang ramai. Sebelum ini, penampilan terbaharunya turut menjadi perhatian selepas beberapa keping foto dan video tular di media sosial, apabila ramai menyedari perubahan pada tubuhnya dan mula membuat andaian mengenai kehamilan tersebut.

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4, dan Abbas, 3. Apa-apa pun, kita doakan semoga segala urusan Neelofa dipermudahkan.

Tonton video-video di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG astrogempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak