Artis / Selebriti
” Juara, Alhamdulillah tahniah suamiku sayang Tuan Nicky.. ” – Tasha
Isteri Ayie Floor88, Tasha kantoikan identiti Tuan Nicky K.O.I. Lah Ayie rupanya di sebalik topeng. Macam tu je Tasha kantoikan suami dia yer. Patut lah macam familiar je suara Tuan Nicky tu..
Kumpulan hip-hop K.O.I baru sahaja melakar sejarah mereka apabila dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu ke 40 ( AJL40). Mereka mempertaruhkan lagu Tiwikarma yang berunsurkan mesej kemanusiaan di pentas akhir semalam berjaya memikat hati para juri.
Di sebalik kejayaan K.O.I, ramai yang tertanya-tanya siapakah mereka sebenarnya kerana semuanya mengenakan topeng. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Tashawie, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan identiti sebenar Tuan Nicky yang merupakan salah seorang anggota K.O.I.
Rupa-rupanya, Ayie Floor88 adalah Tuan Nicky dan isterinya sendiri mendedahkannya selepas kemenangan AJL. Memetik komen warganet, ramai sebenarnya yang sudah dapat menjangka Tuan Nicky adalah Ayie kerana lenggok dan suaranya.

Namun ada juga yang tidak menyangka itu adalah Ayie. Sememangnya Ayie artis yang berbakat dan ada kreativitinya tersendiri dalam berkarya. Warganet merasa kagum kerana Ayie tidak perlu bergantung kepada populariti Floor88 kerana dia sememangnya berbakat besar.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Smua budak floor88 tu berbakat oii , smua tk bergantung dngan satu karya.. Sebab tula aku respect floor88band Dorg mmg sgt talented.. “
” Terbukti nak berkarya kena ‘berahsia’ di Malaysia ini! Kalau tidak tak menang sampai bila-bila dan diskriminasi dengan memilih populariti daripada bakat sebenarnya. Tahniah lagu berkonsepkan.. “
” Lama dah tahu tu Ayie.. dengar Sabah pekat tu tahu dah.. memang terbaik lah ayie dan koi.. “
” Dia byk kali spill dkt bio & feed ig sendiri.. sama dengan achoi tu mmg takde rahsia terus tunjuk muka.. mya pun org pn tahu dia siapa sbb pernah masuk mentor dgn hazama.. “
” Ayie & achoi Floor 88…yg perempuan tu mya bekas peserta mentor milennia… 2 lagi tu jer belum tahu lagi siapa.. “
” Serius la ramai bru taw. mv lagu ni klua dlu dh taw dh ayie ad + suare ayie clear sngt xboleh nk cover.. “
” Sumpah mlm td terperanjat nicky tu ayie. Hahahaha.. tak expect tu dia.. kau memang power Ayie.. Akhirnya ayiefloor88 dpt jugak merangkul trofi AJL40.. tahniah.. “

Akhirnya semua orang Ayie Floor88 yang di sebalik topeng Tuan Nicky. Hasil karya yang terbaik daripada Ayie dan rakan sepasukannya dan sememangnya layak untuk bergelar juara AJL40. Tahniah dan semoga lebih banyak lagi karya sebegini akan diangkat selepas ini.
Baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Silakan SHARE..
Sumber : IG Tashaawie, IG Hangat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

