Artis / Selebriti
” Dari pentas masuk LED, masuk balik pentas dengan basah lencunnya tu. Kreatif duo ni.. ” – Komen Netizen
Video persembahan ala Titanic Ayie Floor88 dan Salma di konsert Final Famili Duo raih pujian ramai. Fuh siap shoot dalam air lagi, muncul pula atas pentas dengan basah kuyup. Persembahan yang lain daripada yang lain, kreatif sangat..
Ayie Floor 88 dan Salma disebut-sebut bakal menjadi juara Famili Duo musim 4 sebelum ini. Namun rezeki tidak memihak kepada mereka berdua dan pasangan duo ini berlapang dada dengan tempat kedua pada final Famili Duo yang berlangsung semalam. Ayie dan Salma memberikan saingan sengit kepada pasangan duo yang lain.
Meninjau entry di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Ayie dan Salma ada pusingan pertama. Pasangan duo sepupu ini menampilkan kelainan dengan menggunakan gabungan video LED untuk menunjukkan Ayie dan Salma menyelam dalam air.
Backdrops seakan kapal Titanic menjadi latar belakang mereka dan Ayie berdiri di atasnya serta membuat aksi seakan-akan terjun ke dalam air. Lebih membuatkan semua bersorak apabila Ayie muncul dengan keadaan basah lencun di atas pentas.
Idea Ayie dan Salma selalu membuat semua penonton teruja. Paduan suara pasangan ini juga meraih pujian ramai. Ayie ada keunikannya tersendiri begitu juga Salma yang mampu menyanyi lagu bernada tinggi dengan suara yang sedap dan lunak merdu.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Best sangat.. Tapi cameraa memang failed focus time ni.. Streesss aku tengok kat rumahh.. persembahan memang power.. ala-ala titanic gitu.. “
” Bestttt.. kalau awak berdua tak juara pun awak berdua juara di hati kamii.. Ayie dan KK Salma are truly the best.. “
” Good luck Ayie dan salma semoga dipermudahkan rezeki selalu.. Aamiin semoga menjadi juara ok buat yang terbaik ye ok iLove.. “
” Power la persembahan daripada Ayie dan Salma. Macam tengah tengok pementasan. Persembahan yang sarat dengan emosi. Terbaik Ayie dan Salma.. “
” Dari pentas masuk led, masuk balik pentas dengan basah lencunnya tu. idea memang kreatif duo ni.. dari awal lagi dorang memang menyerlah.. “
” Suara dua-dua padu.. sedap dengar.. saingan pun hebat hebat semuanya.. markah pun hampir sama je.. “
” Tahun depan ayie boleh masuk the hardest singing. dengan menyanyi terbalik satu hal, masuk pentas basah pulak satu hal. Ayie memang selalu buat kelainan.. “
Persembahan yang membawa emosi dan penceritaannya tersendiri. Tahniah Ayie dan Salma kerana berjaya mendapat tempat kedua. Semoga Ayie dan Salma terus success dalam karier dan mencapai banyak lagi kejayaan pada masa akan datang.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG F8Buzz, Youtube Channel F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ooo Rosyam, candangan dia untuk i menikah dengan Fattah Amin tu.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen