Artis / Selebriti
” Saya rasa Amir ada dalam Top 5 kita, cuma.. ” – Datuk Acis
Video penjelasan ketua juri AJL 40, Datuk Acis mengapa Amir Masdi tidak menang curi perhatian warganet. Ini sebenarnya punca Amir tak menang apa-apa..
Pentas Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) telah pun melabuhkan tirainya semalam. Acara berprestij ini acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh orang ramai untuk melihat kehebatan persembahan daripada bintang kesayangan mereka. Sebagaimana yang diketahui, Kumpulan K.O.I dinobatkan sebagai juara dan Aisha Retno memenangi naib juara dan tempat ketiga dimenangi oleh Reynald Guntabid.
Misha Milan pula berjaya memenangi vokal terbaik AJL40. Ini menimbulkan banyak ketidakpuasan hati di kalangan warganet terutamanya kepada peminat Amir Masdi. Amir yang mempertaruhkan lagi Nur Cinta memberikan satu persembahan yang memukau dan mendapat standing ovation.
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok Xtra, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sidang media ketua juri dan juri-juri AJL40 yang lain. Datuk Acis yang bertindak sebagai ketua juri menerangkan mengapa Amir tidak berjaya menggondol sebarang anugerah dalam pertandingan ini.

Menurut Datuk Acis, Amir sememangnya berada dalam senarai 5 terbaik juri, namun ada kriteria yang tidak memenuhi kehendak mereka. Kata Datuk Acis lagi, penyampaian dan penghayatan yang diberikan oleh Amir ketika menyampaikan lagu ini kurang dan tidak sampai kepada para juri.

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Erm pilih juara lagu kat lagu or lirik atau penghayatan… lagu yg best patutnya mestila lebih kepada mesra didengar dn blh masuk.. “
” Ha ? tak sampai jiwa? huarggg dah tu nak Amir menyanyi sambil menangis ke baru sampai ke jiwa eh.. sumpah aku tak paham.. “
” Saya rasa???? Agak kurang bernas jawapannya.. lagu dan penyampaiannya dh cukup hebat utk Live.. “
” Patutnya Amir no.2 or vokal terbaik. Sebab dia punya vokal perfect sangat. Maaf ni pendapat saya la,kalau boleh vokal jangan la selalu bagi perempuan je. Macam dulu Hafiz menang vokal. Tapi tu lah sapalah kita sebagai netizen ni nak bersuara,bukan juri la pulak kan…hm.. “
” Nurcinta paling win malam tadi… Paling tidak amir no 2 atau vocal terbaik… Mcm x best pulak keputusan semalam.. “
” Semua rasa kecewa kan.. Ntahlah yek. Yg dgr and tgk kat TV ni maybe sudut pandangan dan pendengaran nya berbeza kot dari juri² kat venue.. “
” Dengar artis lain nyanyi jerit-jerit mcm nak tercabut anak tekak terpaksa slow kan volume tv. Tp masa Amir nyanyi siap kuatkan sbb power gila vocal dia. Frust jgk dia x.. “

Belum rezeki Amir untuk mendapat sebarang anugerah kali ini. Mungkin ada rezeki lain yang lebih besar untuk Amir di luar. Apa-apa pun, tahniah Amir kerana berjaya membuat satu persembahan yang hebat dan akan sentiasa diingati oleh peminat.
Tonton video-video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra, Tiktok Xtra, IG Media Hiburan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

