Artis / Selebriti
” Hope Aunties and Uncles enjoy my little karaoke performance.. ” – Nur Fatima Aisya
Video Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Menyanyi Karaoke Lagu Maher Zain. Alahai Sedapnya Suara Fatima Menyanyi, Comel Je Suara Tu. Sejuk Hati Dengar Fatima Menyanyi Lagu Ni !!
Meninjau ke akaun Instagram nurfatimaasiya, posting terbaru anak Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sedang menyanyi karaoke telah dikongsikan. Fatima menyanyikan lagu Maher Zain yang berjudul Rahmatun Lil’ Alameen. Wah, pandainya Fatima menyanyi.
Seperti kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Fatima mewarisi bakat seni ibu dan bapanya. Ibu dan bapa Fatima juga boleh menyanyi selain berlakon. Tidak mustahil jika apabila dewasa nanti Fatima akan terjun ke dunia seni juga.
Video yang berdurasi beberapa saat ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Namun begitu ruangan komen untuk posting ini telah ditutup daripada menerima sebarang komen.

Untuk makluman, ini merupakan akaun terbaru Fatima yang diwujudkan oleh Fazura sejak berpisah dengan Fattah Amin. Menggunakan nama penuh Fatima, akaun Instagram ini dikendalikan oleh Fazura untuk berkongsi perkembangan Fatima kepada umum.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk menonton video seterusnya.. )
Sekadar info, Nur Fatima Aisya merupakan satu-satunya cahaya mata Fazura dan Fattah Amin. Kini Fatima di bawah jagaan Fazura sejak berpisah dengan Fattah beberapa minggu yang lepas. Fazura kini masih lagi dalam tempoh iddah.

Kecil-kecil sudah pandai menyanyi karaoke, terbukti darah seni yang mengalir. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Nur Fatima Aisya membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik serta berjaya membanggakan ibu dan bapanya. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nur Fatima Aisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti3 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad

