Artis / Selebriti
” Masha Allah bambamnya, so chubby lah baby. Geram tengok.. ” – Komen Netizen

Raja Ilya Kongsi Video Reaksi Anak Sulungnya, Talita Ketika Pertama Kali Bertemu Anak Keduanya Yang Baru Lahir. Alahai Comelnya Talita Cakap ‘Hello Brother’. Bambam Sungguh Adik Talita, Bukan Biasa-Biasa Berat Tu. Nama Pun Sedap !!
Baru sahaja semalam Raja Ilya memberitahu dirinya ke 3 buah hospital untuk bersalin anak keduanya. Dari hospital Fiona Stanley ke Rockingham hospital dan kemudian ke King Edward, akhirnya Raja Ilya selamat bersalin secara pembedahan seorang bayi lelaki.
Menerusi perkongsian terbaru Raja Ilya di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi anak sulungnya, Talita ketika pertama kali berjumpa adiknya itu di hospital. Talita kelihatan cukup gembira dan turut mengucup pipi adiknya itu.
Raja Ilya memaklumkan bayi lelakinya ini dinamakan sebagai Royal Abraham. Lahir dengan berat 4.7 kilogram, baby Royal kelihatan begitu chubby. Kata Raja Ilya, patut lah ketika hamilkan Royal dia merasa kesukaran untuk menggerakkan kaki, tidak sangka Royal seberat itu.
Raka Ilya juga lebih terbuka untuk berkongsikan wajah anaknya itu dan Royal kelihatan saling tak tumpah wajahnya seperti Talita. Kehadiran Royal pastinya membawakan lebih keceriaan dan keriuhan di rumah nanti. Talita juga sepertinya sudah bersedia untuk menjadi pembantu mommynya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Raja Ilya ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Syukur Alhamdulillah. So adorable that cheeks, Geram.. Welcoming another bundle of joy .. for u both.. “
” Masha Allah 4.7kg hebat lah hg bawa 9 bulan semoga di rahmati Allah satu family insha Allah.. syukur alhamdulillah tahniah beb.. “
” Alhamdulillah omg, chubby nya baby.. so cute and so bubbly … the way talita so happy.. sepasang dah, kilang tutup.. “
” Alhamdulillah Congratulations. Masyaallah baby boy so chubby so cute. Have a good rest sleep well n tkcare rajailya Sissy Talita so happy.. “
” Alhamdulillah, tahniah akak n asben, yeahhh talita dah jadi kakak.. comelnya baby royal, tembam gebu macam kakak talita.. “
” Alhamdulillahhhh tahniahhh.. Ya rabbi so cute baby royal abraham.. semoga sihat baby dan mummyyyyy.. “
” Masha Allah bambamnya, so chubby lah baby.. geram tengok. baby boy sihat betul.. semangat sangat badan tu.. “
” Tahniah, 4.7 kg tu fuh semangat.. baby comel bambam.. dah boleh pergi school ni baby.. so cute.. “
Kus semangat sungguh badan Royal Abraham ni, patut lah besar betul perut mommy ketika hamil. Talita pun happy sudah menjadi seorang kakak. Tahniah Raja Ilya daripada kami di Berita Kopak atas kelahiran Royal Abraham. Selamat berpantang Raja Ilya dan semoga cepat sihat seperti selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Raja Ilya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kak Long jerit pun sopan, nasib baik tak lompat kat Abang Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Feeling betul Kak Long menyanyi lagu Abang Long. Best sangat suara tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Masuk air betul lah Sharnaaz, berdekah Ameera kena sakat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Semakin berat hint daripada abang Long Fattah. Jelas sangat tu, takde cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Iras Zahirah Macwilson, 11 tahun dah cantik macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku baca komen semua, engkau ni kahwin paksa Fikry. Kau kena betulkan benda ni.. ” – Ain Edruce
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alaa tang Amira panggil abang tu. Sweetnya, macam betul dah nikah.. ” – Komen Netizen