Artis / Selebriti
” Anak bertuah sungguh ni, berani dia lock mommy dekat luar macam tu. Lucu lah Kak Long ni, haha.. ” – Komen Netizen
Raja Ilya kongsi video dirinya dikurung di luar rumah oleh anak sulungnya, Talita Love buat warganet terhibur. Amboi Kak Long, berani betul kurung mommy. Sampai kesejukan mommy kat luar. Dah ugut nak tinggal pun, tetap tak buka pintu. Nakal lah Kak Long ni, hehe..
Gelagat anak sulung Raja Ilya iaitu Talita Love seringkali mencuri perhatian warganet. Digelar sebagai Kak Long oleh Raja Ilya, Talita seorang anak yang petah bercakap dan bijak. Seiring usianya sekarang, Talita sudah diajar untuk mahir dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Tamil.
Di sebalik kecomelan wajah Talita ini, Talita juga sama seperti kanak-kanak lain yang sedikit nakal dan perbuatannya kadang kala boleh menguji kesabaran. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Raja Ilya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Talita di rumah.
Raja Ilya pada ketika itu berada di luar rumah, manakala Talita dan adiknya, Abraham berdiri di sliding door bahagian dalam rumah mereka. Tidak disangka, Talita mengunci pintu dan membiarkan Raja Ilya di luar. Menyedari pintu dikunci, Raja Ilya menyuruh Talita untuk membuka kuncinya, namun sayangnya Talita tidak mahu membukanya.

Kata Raja Ilya, sudah lah cuaca sejuk kerana di sana sekarang musim salji. Suara Raja Ilya juga menahan kesejukan dalam video itu. Dek kerana permintaan tidak dilayan, Raja Ilya cuba untuk berlakon seperti meninggalkan Talita di dalam rumah dan keluar dari pagar rumah tetapi Talita hanya memerhati sahaja kelakuan mommynya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nakalnya dia, babap kang haha.. dia main acah2 kat mommy dia.. Kalau mak KT Malaysia.. hang siap bila aku bukak pintu ni.. hang tunggu.. siap hang. Haha.. “
” Hahaha kesiannye mummy dia kat luar tinggal tunggu anak Nye bukak pintu je hehe.. Kak long, kak long, kesian mommy sejukkk tu.. “
” Haha.. lucu lah kak long ni.. Berani dia lock mommy dekat luar macam tu.. Sampai sudah kaklong tak buka pintu, haha.. Ya Allah, kalau aku arrr, jadi singa jadian terus haha.. “
” Apa perasaan ilya berckp dengan cermin haha.. tu cerminan ilya punya kelaku tau rajailya.. Hahaha… patut nya mummy ugut la… kalau tak open,tak nk buat susu,tak masak… baru kak long tahu haha.. “
” Bijak Talita ni.. beku lah mommy dekat luar.. Anak bertuah sungguh ni.. Banyak akal kak long ye.. boleh dia buat kering jerk.. “
” Kalau aku dah bertukar jadi Hulk haha.. dah dapat masuk ke belum tu ek haha.. sambung sambung apa jadi lepas tu haha.. “
” Eh Eh kak long, boleh tahan cheeky dia eh. Mommy dah ugut nak tinggal pun, tetap dia tak bukak pintu. Terlebih bijak ni kak long hhehe.. terhibur tengok.. “
Bersabar dan bertabah lah Ilya dengan perangai cerdik Talita itu. Geram warganet melihat reaksi wajah Talita yang comel itu. Ramai yang meminta sambungan sama ada Raja Ilya berjaya atau tidak memujuk Talita untuk membuka pintu. Talita memang hendak kena dengan mommy ni, nakal betul, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Raja Ilya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti7 days ago” Boleh dia jawab ‘thats how conversation works’. Banyak auta anak jantan aku ni.. ” – Noor Nabila
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” So tak salah pun bila saya nak cakap macam tu, bagi saya agak salah lah kalau.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bagaimana dia movement pun, walaupun tanpa bertempo movementnya, orang still akan suka kerana.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya ibu tunggal yang bekerja, membesarkan anak dengan mental yang baik. Tolong jangan ganggu saya lagi.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku ingatkan Azeva dah cukup hyper, rupanya Papa Meng lebih lagi hyper, haha.. ” – Komen Netizen

