Artis / Selebriti
” Gigih weh, selama ni ingat dia ada pembantu.. ” – Netizen
Adira Suhaimi Kongsi Video Di Sebalik Tabir Untuk Menghasilkan Content Buat Ramai Terhibur. Wah Tak Sangka Adira Buat Segalanya Seorang Sahaja. Kelakar Betul Setiap Scene !!
Meninjau ke akaun Instagram Adira Suhaimi, perkongsian sebuah video yang memaparkan di sebalik tabir untuk merakamkan video sebuah content telah meraih perhatian ramai. Video ini dikongsikan atas permintaan seorang metizen yang ingin mengetahui bagaimana Adira menghasilkan sesuatu content.
Ramai menyangkakan yang Adira mempunyai pembantu dalam merakam segala pergerakannya. Namun semua itu sebenarnya dilakukan oleh Adira secara bersendirian. Video yang dikongsikan itu untuk content Adira sebelum ini iaitu Jom ke Kedai Acheh.
Adira hanya meletakkan telefon pintarnya di sesuatu tempat dan merakamkan perjalanannya. Adira akan berhenti di mana-mana sahaja di tepi jalan dan merakam. Selesai merakam, Adira akan berpatah balik semula dan mengambil telefonnya.
Begitu juga apabila tiba di kedai, Adira akan meletakkan telefonnya di suatu sudut yang sesuai untuk merakam. Wah, nampak begitu gigih Adira dalam menghasilkan sesuatu content. Video yang hanya beberapa saat sahaja mengambil masa berjam-jam untuk merakam.
Jom tonton video di bawah :
Hasil video tersebut :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh netizen. Malah suara latar untuk video tersebut juga menghiburkan. Antara komen-komen yang diberikan :
” Selama ni ingat dia ada pembantu… aduhai adira.. klakar setiap scane nye.. ya Allah rajin betul. nasib org tkde sgt.. klo tk kena rembat hp tu.. “
” Pergi kedai 15 minit Β pergi kedai 2 jam gigih betul adira.. hebat.. video yg singkat rupanya punya cite yg panjang utk dihasilkan… semangattt.. “
” SorgΒ² mmg menjadi videonyaaa… walaupn amek masa lama sikit mau ke kedai dan pulang.. Ini klau aku buat mcm ni mau mak ak beleter seharian bila nak msak laguni.. “
” Hahaha da agak aduhai gigih betul yayang ok volunteer nak jadi tukang record.. Hehehee gigih is real untuk video yg cantik.. “
” Gigih wehhh….ber jam jam la ke kedai hahaha.. Biasa g kedai aceh 5 minit je, bila buat bideooo auto jadi 1 jam setengoh.. “
” Ya Allah Β Kdg2 saya cuba buat mcm ni letak fone utk record tp rasa mcm semua org tengok. Kena tebal muka yaaaa.. gi kedai 15minit blh jadi berjam jam.. “
” Antara org sabah yg plg kelakar bercakapnya adira.. sy jadi suka pulak dgr slang sabah adira.. klu aku la mcm ni mau g pagi ptg baru balik.. “
Kita hanya melihat suatu video yang menarik dan cantik sahaja tetapi di sebalik penghasilan video tersebut sebenarnya memerlukan usaha dan semangat yang kental. Bukannya sekali rakam sahaja menjadi kan. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen NetizenΒ
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein