Connect with us

Artis / Selebriti

” Random betul perangai Amir ni. Selamba dia je duduk borak dengan kawan, haha.. ” – Netizen

Video Persembahan Putera Muhammad Dan Amir Di Penutup Karnival Ekplorasi Kemarian Buat Ramai Terhibur. Alahai Bukan Main Santai Lagi Si Amir Ni. Siap Boleh Duduk Berborak Dengan Kawan-Kawan Masa Menyanyi. Jenuh Abang Putera Tarik, Haha !!

Penutup Karnival Ekplorasi Kemarian yang berlangsung di dewan terbuka SK Rps Kemar berjalan dengan lancar dan meriah semalam. Ramai yang teruja dengan kehadiran coach kepada Amir Sisi iaitu Putera Muhammad dan persembahan Putera Muhammad dinantikan ramai.

Meninjau akaun Tiktok Beruang Gebu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Putera Muhammad dan Amir menyampaikan lagu Lemak Manis. Muncul sahaja Putera Muhammad di atas pentas, sorakan memenuhi segenap dewan.

Klik gambar untuk info..

Suara Putera Muhammad yang merdu dan sedap itu membuatkan semua yang hadir terpesona mendengarnya. Amir pula, oleh kerana konsert ini dihadiri oleh kawan-kawan sekolahnya, Amir lebih santai dan bersahaja. Meleret senyuman Amir dan tidak malu-malu seperti di pentas The Chosen One.

Apa yang membuatkan warganet terhibur adalah gelagat Amir yang sempat duduk berbual dengan kawan-kawan ketika sedang menyanyi. Syok Amir berborak sampai Putera terpaksa menarik tangan Amir supaya bangun. Amboi Amir, seperti kata-kata Ajai ‘ Ada Amir kisah’ , haha.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@karimrashid_

Wahhh @Putera Muhammad dgn @Amir Sisi(Unuk)Official nyanyi lagu lemak manis #tiktokmalaysia #thechosenone #amirthechosenone #fypγ‚· #astroceria #meletop #viraltiktok

♬ original sound – 🐻 π”Ήπ”Όβ„π•Œπ”Έβ„•π”Ύ π”Ύπ”Όπ”Ήπ•Œ 🐻 – 🐻 π”Ήπ”Όβ„π•Œπ”Έβ„•π”Ύ π”Ύπ”Όπ”Ήπ•Œ 🐻

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembacaΒ  :

” Amir hilang fokus bila ade kawan-kawan dia haha.. hebat gandingan Amir & Putera.. Amir Muda lg, mgkin nnti Amir dh remaja, dia akn lebih matang, masatu duet dgn coach Putera lg mantap.. ”

” Unuk tetap dgn cara dia haha.. siap salam sembang dgn kawan2 lg.. tp suara tetap power. Putra pun layan.. ”

” Amir Amir, jumpa geng tak heran menyanyi haha.. Coach pun dah jadi kanak-kanak riang.. Amir dia buat dunia dia sendiri haha.. ”

” Macam-macam lah Amir dengan putera ni haha.. happynya semua terhibur.. Kelakar la amir ni, leh jadi pelawak jugak ni.. terhibur acik ngan gelagat awak. Tkde fake2 kan.. ”

” Amat lucu tngk perangai amir, selamba dia aje duduk borak dengan kawan-kawan. baguslh keserasian putera dan amir ni. Amir dengan dunia dia tak boleh berpisah haha.. ”

” Amir melayan peminat, Putera Muhammad kena layan perangai Amir haha. walau apa keadaan pon… pandai dia masuk lepas putra menyanyi. mulut sembang telinga pasang.. ”

” Hanya ada pada Amir nyanyi sambil sembang sama penonton. hahahaha.. haduiii random btul la prngai si Amir nie.. nasib duet best dengan abang putera. Abang putera pun sporting sangat.. ”

Klik gambar untuk info..

Macam-macam sungguh perangai si Amir ini, tak boleh dijangka. Mujur lah Putera Muhammad memahami benar perangai Amir. Untung warga Kemarian dapat mendengar Putera Muhammad menyanyi live. Semoga Amir dan Putera Muhammad sentiasa berhubung selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Beruang Gebu, Tiktok Amir Sisi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT