Artis / Selebriti
” Geram tengok pandai sangat, dengar Allahuakbar je terus sujud.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Maryam You Narae, Nik You Rina Memakai Telekung Dan Membuat Pergerakan Dalam Solat Buat Warganet Terhibur. Alahai Pandainya Rina, Dah Faham Daddy Cakap. Muka Tersengih-Sengih Nakal Tu Geram Tengok !!
Kecomelan wajah anak kacukan Malaysia Korea, Nik You Rina membuatkan dirinya sering menjadi perhatian ramai. Anak sulung kepada pasangan Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae ini bakal berusia 2 tahun pada bulan Oktober akan datang.
Maryam kerapkali berkongsi video Rina yang banyak keletahnya itu. Anak yang baik dan mudah dijaga, Rina juga sudah dihantar ke playschool. Meninjau akaun Instagram Duriankimchijunior, telah dikongsikan satu video terbaru Rina bersama Maryam.
Rina yang memakai telekung kanak-kanak kelihatan comel sekali. Maryam juga mengenakan telekung sembahyangnya. Sebelum ini warganet pernah disajikan dengan video Rina memakai kopiah Ryzal untuk bersama-sama bersolat.

Ketika Rina mendengar Ryzal menyebut ‘ Allahuakbar ‘, spontan Rina membuat pergerakan seperti sedang sujud. Baru sekecil ini sudah faham cara untuk solat. Sejurus selepas itu, Rina bangun dan tersengih-sengih memandang ke arah kamera. Alahai macam mana lah tak jat0h hati, cute sangat.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 5000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Masyallah Tabarakallah semoga Allah SWT menjadikan Rina anak yang solehah Aamiin Ya Mujib.. ”
” MasyaAllah Rina.. comel sangat ni. rina manislah pakai jilbab…. macam maryamlah…. semoga rina menjadi anak yg baik dan solehah utk ibu dan ayahnya… Aamiin.. ”
” MasyaAllah comelnya Rina pakai telekung…. semoga menjadi anak yg solehah, anak yg taat pd kedua ibu bapa.. ”
” Eweee comelnyee pandaii sangat, jadi anak solehah ya nik yurina.. Ger4m tengok pandai sangat, dengar Allahukbar je terus sujud.. ”
” Masyaallaah tabarakallaah… tgk atas comel sgt… bla ambik gmbr d bwh trkejut sekejap.. kain mana Rina hehe.. ”
” Cutenya pandai Rina.. good girl moga jadi anak yang solehah.. Alhamdulillah kecil dah belajar solat.. ”
” Ger4m tengok telatah rina, comel sangat.. Kainnya mana Rina hehe.. cute sangat pakai telekung.. ”
” Anak comel ni.. rina comel buat aunty cair di hati, alahai rina sayang.. nak pic1t pic1t rasa pipi tu.. cerdik lah Rina.. ”
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kecil seperti ini lah perlu diasuh dan dididik untuk mula bersolat. Nanti Rina sudah pandai membaca, boleh lah diajar bacaan dalam solat pula. Apa-apa pun, terbaik lah asuhan Maryam dan Ryzal, teruskan berusaha untuk menjadikan Rina anak yang solehah okey.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Duriankimchijunior
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti3 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad

