Artis / Selebriti
” Suka akak tengok madu-madu ni, happy family.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Rahim Sepahtu Bersama Dua Isterinya, Kolin Abdullah Dan Lily Khay Keluar Bersama-Sama Raih Perhatian Warganet. Harmoninya Tengok Madu-Madu Ni, Anak-Anak Pun Akrab. Terbaiklah Wanita-Wanita Hebat !!
Umum mengetahui yang pelawak dan penyampai radio Sinar, Rahim Sepahtu mempunyai 2 orang isteri. Malah baru-baru ini ketika hangat mengenai isu Abang Tesla diperkatakan, dua orang isterinya iaitu Kolin Abdullah dan Lily Khay hadir di konti berbicara mengenai hidup bermadu dan mereka menggelarkan Rahim sebagai abang Vell.
Tiada sengketa dan akrab apabila bersama, itu yang dapat dilihat dalam perhubungan antara Kolin dan Lily. Meninjau akaun Instagram Lily Khay, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan Lily, Kolin, Rahim dan 2 orang anak perempuan mereka keluar bersama.
Meluangkan masa menonton secara live Gegar Vaganza Minggu 1, kemesraan antara Rahim, Lily dan Kolin meraih perhatian ramai. Comel sahaja duduk sebelah menyebelah dan Rahim diapit oleh dua permaisuri hatinya. Masing-masing juga kelihatan happy dan memberikan senyuman.

Tidak hanya Lily dan Kolin yang baik hubungannya, anak Lily dan anak Kolin juga begitu. Tumpang gembira dan bahagia warganet melihat hubungan dalam keluarga Rahim ini. Untung Rahim ada dua orang isteri yang memahami dan menyayangi dirinya.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Kolin juga ada berkongsikan gambar mereka semua bersama di Instagram miliknya :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Rata-ratanya suka melihat keluarga Rahim ini dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Moga kalian sentiasa sihat dan bahagia selalu. Aamin.. Alhamdulillah suka sangat tengok keluarga bahagia Rahim ni.. ”
” Bahagia selalu kak. Allah pelihara semuanya .. Manis sungguh dua2 istri abg rahim. moga allah pelihara bahgia hingga jannah.. ”
” Abang Vell.. fuh terbaik lah.. moga bahagia hingga ke akhir hayat.. comel sangat tiga-tiga ni.. aaummmm.. tumpang gembira dan bahagia tengok keluarga ni.. ”
” Wajah2 insan yg sentiasa bersyukur.. Kesayangan Allah.. Yg menerima segala ketetapan dn ketentuan dari Allah segala2nya.. Berbahgia lah dn terus bahgia dunia akhirat.. Aminn ya Robbalalaminn.. ”
” Subhanallah.. semoga ukhwah & harmoni selalu.. aminn yra.. Bersemut la wall saya ni sweet sangat-sangat tau.. ”
” Untung rumah dekat hehe.. suka akak tengok madu-madu ni, happy family.. Alhamdulillah uolss memang wanita hebat.. ”
” Suka tengok sweet je Rahim dengan isteri-isteri. Alhamdulillah moga terus kekal bahagia hingga ke jannah.. ”

Alhamdulillah, rezeki Rahim ada isteri yang baik dan memahami. Baik Kolin atau pun Lily, kedua-duanya wanita yang hebat. Tak semua wanita boleh menjadi seperti mereka berdua. Apa-apa pun, semoga Rahim dan keluarga sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lily Khay, Kolin Abdullah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

