Artis / Selebriti
” Sebak pulak tengok cara Amir ucap terima kasih berkali-kali tu. Adab dia tinggi.. ” – Netizen
Video Reaksi Adik Amir The Chosen One Ketika Nabil Ahmad Dan Radin Era Memberikan Duit Buat Warganet Kagum. Pemurah Sungguh Geng Era Ni, Amir Pun Sopan Budaknya. Sampai Menangis Amir Dapat Duit Sebanyak Tu. Terima Kasih Orang Baik !!
Masih lagi berkisar tentang kehadiran adik Amir The Chosen One di konti Era FM. Banyak peristiwa yang menjadi kenangan untuk team Era dan Amir pada hari tersebut. Selain adik Amir dan abangnya mendapat hadiah beg baru dan kasut baru, ada lagi yang disumbangkan oleh team 3 pagi Era rupanya.
Meninjau akaun Tiktok Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat mereka memberikan duit kepada Amir. Nabil memulakan dengan mengatakan ingin memberikan Amir duit raya. Bukan seratus dua, Nabil memberikan RM800 kepada Amir.
Radin pula memberitahu dia cukupkan sehingga berjumlah RM1000. Allahuakbar, Allah temukan adik Amir dengan insan-insan yang pemurah dan tidak lokek. Tidak henti Amir mengucapkan terima kasih kepada Nabil dan Radin. Sayu muka adik Amir dan kelihatan mengesat air mata.

Siapa tidak terharu, baru jumpa pertama kali sudah sebanyak ini duit yang diberi. Nabil juga memeluk erat adik Amir dan memberikan sedikit nasihat agar Amir belajar Al-Quran dan menjadi qari yang berjaya suatu hari nanti. Alahai sweet sangat team 3 pagi Era ni.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video di bawah lambat keluar ) :
@era.je Alhamdulillah, rezeki adik Amir harini bila dapat duit raya dari uncle Nabil, Azad & Radin. Gelak dia tengok perangai uncle-uncle tu. 😂 #sharERA #3PAGIERA #fyp
Sehingga kini, lebih 174 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
‘‘ Kita belajar sesuatu yg hebat Dari adik amir.. iaitu ADAB.. TERIMA KASIH satu ungkapan yg semakin sukar dilafazkan.. tapi amir mampu ucapkan berkali-kali.. ”
” Selalunya .. orang mcm adik ni mmg mudah mengungkapkan terima kasih sbb dia sgt mghargai pmberian org apath lg pmberian tu sgt bernilai.. ”
” Bagus nabil, byk kli pluk amir.. pemurah sangat Nabil ni. Nampak betul dia sayangkan adik amir ni.. salute lah pada selebriti macam nabil ni.. ”
” Bagus budak ni, dia bersyukur sampai sed1h.. Alhamdulillah ya Allah luaskan lagi pintu rezeki buat mereka yg menghulurkan bantuan kepada adik amir Aamiin.. ”
” Pemurah lah abang-abang Era ni, murah rezeki. Seb4k pulak tengok cara Amir ucap terima kasih berkali-kali tu. Sampai nak menang1s si amir dengan sikap pemurah geng Era ni.. ”
” Banyak kali amir ucap terima kasih, adab dia tu tinggi.. Alhamdulillah murah rezeki Amir. sampai nang1s budak tu terkej0t dapat pegang duit banyak.. ”
” Menang1s amir dengn sya pun ikut nang1s. Alhamdulillah. muga di kayakn pahala dan di kayakan rezeki pada sape je yg membantu amir. muga amir brjaya.. ”

Rezeki Amir, dirinya disenangi dan disayangi oleh semua yang mendekatinya walaupun baru kali pertama bertemu mata. Pemurah sungguh team Era ini sudi berkongsi rezeki dengan Amir. Dalam terhibur, sayu juga adik Amir dengan perangai Radin, Nabil dan Pak Azad.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suara lunak, lemak berkrim. Hussain lenggok sendiri, tak ikut Tokti.. ” – Komen Netizen

