Artis / Selebriti
” First kita tahu, tak ada siapa yang tahu. Cuma saya dah Watie.. ” – Shuib
Teka teki terjawab, akhirnya Shuib Sepahtu buka mulut sahkan kehamilan isterinya, Watie Hanifiah. Dah tak lama ni, seronok lah anak-anak bakal dapat adik. Pandai Shuib dan Watie sorok rahsia..
Ramai yang menyedari perubahan pada fizikal isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah. Baru-baru ini juga, Shuib ada berkongsikan satu posting yang memaparkan gambar Watie yang sedang kepenatan lena tidur di dalam kereta dan ianya hint Watie sedang berbadan dua.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Shuib dan Watie bersama pihak wartawan. Pasangan ini diajukan soalan mengenai kehamilan Watie itu dan Shuib menjawabnya secara terbuka.
Tiada lagi rahsia, desas-desus yang mengatakan Watie hamil itu adalah benar. Shuib turut memaklumkan usia kandungan Watie sekarang. Ianya satu berita gembira untuk Shuib sekeluarga lebih-lebih lagi anak-anaknya kerana mereka memang menginginkan adik lagi.

Shuib turut berkongsi rasa takutnya kerana teringat akan peristiwa arwah Siti Sarah hamil kali terakhir dahulu. Seakan dejavu, Shuib memanjatkan rasa syukurnya kerana impian mereka untuk menambah zuriat dimakbulkan oleh Allah selepas Watie keguguran pada kehamilan pertamanya tempoh hari.
Jom tonton video di bawah:
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Congrats mummy dan daddy also anak2 sbb nk terima adik.. Alhamdulillah. Sekejap je ye dah 5bulan kak watie ngandung. Semoga baby dah mami sihat selalu.. “
” Tahniah! Seronok je dengar orang sharing berita² camni. Orang yang tengah berusaha dapatkan zuriat je akan faham tumpang gembira dapat berita happy camni.. “
” Tringat dulu arwah Sarah pregnant masa tu Mak shuib yg alah kan, smoga di permudah kan urusan watie skeluarga.. “
” Alhamdulillah. Tahniah buat kamu berdua.. Semoga Allah permudahkan segala nya urusan.. Aamiin3 ya Rabbal Alamin.. “
” Tak tahu la suka sngat tengok muka watie ni … apa² pun tahniah mummy & daddy ,, smoga dipermudahkan urusan for everythings.. “
” Alhamdulillah tahniah, selepas hujan hadirnyaa pelangi kann.. tak sabar nk tgk gender time. Tapi nak teka juga bby Boy.. “
” Patutla glowing je muka… Moga ibu and baby dalam kandungan baik-baik dan sihat.. baby rainbow ni.. “
Alhamdulillah selepas berduka atas kehilangan, Allah hadirkan sekali lagi anugerah terindah dalam rahim Watie. Semoga segala urusan Watie sepanjang kehamilannya ini sehingga selamat bersalin nanti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Tahniah Watie dan Shuib.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

