Artis / Selebriti
” Eleh dia main kejar-kejar. Sweetnya, fall in love tengok BASS.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah bermain kejar-kejar bersama YB Saddiq di kawasan salji curi perhatian warganet. Alahai sweetnya berlari dan main salji sama-sama. Dah macam video pre-wedding je..
Sebagaimana yang ramai sedia maklum, pasangan sensasi BASS iaitu Bella Astillah dan YB Saddiq kini berada di Swiss untuk shooting bersama Kedai Emas Ampang. Pasangan ini merupakan duta terbaru kedai emas ini dan promosi telah pun bermula di media sosial.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella dan YB Saddiq membuat aksi berkejar-kejaran di atas salji yang tebal. Berlatarbelakangkan pergunungan salji, gelagat Bella dan YB Saddiq mengundang senyuman warganet.
Seakan video ala pre-wedding, itu yang dikatakan oleh segelintir warganet selepas menonton video ini. Ramai yang tumpang seronok melihat kegembiraan Bella apabila bersama YB Saddiq. Dengan kapsyen ringkas tertulis ‘ Not us running for no reason’ Bella turut mengatakan YB Saddiq perlu menonton lebih banyak K-drama.

Ramai juga yang mengusik Bella dan YB Saddiq di ruangan komen mengatakan hari penyatuan pasangan ini semakin hampir. Mereka turut berseloroh mengatakan sudah bersedia untuk menjadi pasukan rewang sekiranya pasangan ini berkahwin.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 50 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Eh eh B dgn Ybee.. main kejar2 pulak yee.. hati hati … biaasaaa dia hehe.. kahwin kahwin siapa setuju like cepat.. geng rewang ready.. ”
” Ambik lah dunia ni.. kenapa lah cute sangat ni.. so sweet lah macam drama Korea.. bau bau nasi minyak ni korang.. “
” Gara² meliat ni smlm, terbawa ke mimpi yb propose bella.. itu pun banyak drama sebelum sampai ke maksud.. kita dlm mimpi ni pun ikut dlm.drama tu.. Klo tak sampai awas BASS aku tuntut kalian kerana tlh spoil hidup i termasuk ke mimpi.. “
” Bkn dia ta bole kejar and tangkap.. tp dia saja layankan.. bukan dia ta bole baling.. tp dia mmg xde niat na baling and saja acah2.. “
” Elehh dia main kejar-kejar.. sweetnya, fall in love tengok BASS. diorang ni photoshoot wedding kot tu.. so sweet.. penat dah sengih ni.. “
” Alhamdulillah.. pre wedding dah complete.. tinggal penguguman jakk ni.. bahagianya dia.. dah memang macam layan kdrama dah tengok 2 orang ni.. “
” Eh eh ybee mana sangup nak baling salji dekat B nanti sakit kesejukkan.. Halah-halah bersemut screen.. “
Pastinya ramai yang tersenyum sendiri melihat telatah Bella dan YB Saddiq bermain salji kali ini. Bukan main sweet lagi, berkejar-kejaran ala-ala video pre-wedding pula. Apa-apa pun, semoga segala urusan kerja YB Saddiq dan Bella dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bella Astillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

