Artis / Selebriti
” Dia cari-cari mummy ya, nak peluk, nak manja-manja. Anak mummy yang kuat.. ” – Mas Idayu
Video Mas Idayu Memeluk Erat Bella Astillah Undang Sebak Warganet. Jelas Kelihatan Bella Seperti Mahu Melepaskan Apa Yang Dia Rasa Kepada Mummy. Kapsyen Mummy Pun Sedih, Stay Strong Bella !!
Umum mengetahui akan kemelut yang melanda rumahtangga penyanyi Bella Astillah sekarang. Meninjau di akaun TikTok Mas Idayu telah dikongsikan satu video yang memaparkan Mas Idayu bertemu dengan Bella ketika mereka sama-sama menghadiri satu majlis.
Tulis Mas Idayu di ruangan kapsyen, mengatakan Bella mencari dirinya dan mahu memeluk serta bermanja. Malah bukan itu sahaja, Mas Idayu menitipkan kata-kata semangat kepada Bella dengan mengatakan yang Bella seorang anak yang kuat.
Perkongsian video tersebut telah mengundang sebak warganet. Ramai yang meluahkan rasa sebak melihat raut wajah Bella ketika memeluk Mas Idayu. Ada yang mengatkan Bella seolah-olah mahu meluahkan segala apa yang dia rasa kepada Mas Idayu.
Sehingga kini, video tersebut menerima ribuan tanda suka dan sehingga kini telah ditonton lebih 141 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok. Sebak pula baca kapsyen Mas Idayu untuk Bella, seperti seorang ibu memahami apa yang sedang anaknya alami sekarang.
Tonton video di bawah ini :
@masidayu1001 Dia cari2 mmy ya…. nak peluk, nak manja2… anak mmy yg kuat @Bella Astillah #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #adanampakmummyhappy 💪💪
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan kata semangat kepada Bella dan memuji sikap Mas Idayu. Antara komen-komen warganet adalah :
” Saya suka mommy.. Jujur tulus.. Sifat keibuan yg kelas macam arwah Ibu saya.. Saya pon nak peluk mommy, huhu sebak lah pula.. “
” Biasanya seorg yg tegas sebenarnya sorg yg lembut hati,penyayang.. Ramai dah jumpa yang macam Mamy Mas Idayu ni.. “
” Tabik spring acik dgn mummy Mas Idayu. Love sangat. Be strong Bella. Hikmah yang jadi selepas peristiwa itu.. Awak perlu kuat demi anak-anak.. “
” Sebaknya tengok.. Moga bella kuat dan dipermudahkan segala urusan.. Tq mummy.. You’re the best.. Anggap Bella dah macam anak.. “
” Semoga kak bella tabah kak Bella kuat demi anak2 kesian tengok kak Bella.. Sedih tengok raut wajah kak Bella, nampak sedih sangat2.. ‘
” Sebak. Moga bella menemui kebahagiaan yang dicari .Allah Maha mengasihani. Bella kuat. Terima kasih mummy.. Utk Bella, kami semua sentiasa ada untuk Bella.. “
” Saya lak sedih tengok video ni, lagu pun mainkan peranan.. Semoga Bella terus kuat ya, pasti selepas ini ada sinar buat Bella dan anak-anak.. “
Semoga kata-kata semangat yang diberikan warganet kepada Bella sedikit sebanyak menjadi sumber semangat Bella untuk terus kuat. Apa-apa pun sama-sama kita doakan semoga kesedihannya akan cepat hilang dan segala urusan Bella akan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok masidayu1001
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hadie baru 16 tahun tapi MashaAllah matangnya dia. Bijak bercakap, walaupun kena provoke.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Jadi lain lagu ni dalam versi Aishah. Sedap rupanya lagu ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terharu dengar jawapan suami Ina. Jawapan orang terpelajar dan berilmu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Best dengar Nubhan cakap Cina, macam pakcik-pakcik Chinese ajak menyembang. Fluent betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hebat tok kadi, ikut perkembangan semasa. Tak pernah lagi tok kadi bagi ceramah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Allahuakbar, sayunya hati ini. Sedih tengok anak sulung Ina menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dia betul-betul buat lagu ni versi dia, sampai tak sedar tu lagu Tokti. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Abang ipar kau tak kasi kau buka tudung.. ” – Neelofa