Connect with us

Artis / Selebriti

” In action betul la Beto ni. Sambil cekak pinggang, macam tu je dia swap feel.. ” – Netizen

Video Di Sebalik Tabir Rakaman Voiceover Iklan Raya Antara Beto Kusyairi Dan Khairul Anuar. Kagum Sungguh Tengok Beto Punya Penghayatan. Emosi Turun Naik Pun, Maintain Je Penghayatan Beto Ni. Terbaik Lah Si Lemak Manis Ni !!

Setiap kali Aidilfitri menjelma, pasti banyak iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat tersohor dan gah. Antara iklan yang selalu mendapat perhatian ramai dari Petronas, RHB dan Tenaga National Berhad. Semuanya berlumba-lumba menghasilkan video yang paling menarik untuk tontonan umum.

Salah satunya yang turut tersenarai dalam iklan raya nanti adalah daripada Adabi. Pelakon yang dipilih juga bukan calang-calang orangnya. Beto Kusyairi menjadi pendukung watak utama untuk drama iklan raya Adabi tahun ini. Nampaknya banyak muka Beto yang akan ditonton untuk iklan raya tahun ini.

Klik gambar untuk info..

Meninjau akaun Tiktok Khairul Anuar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan proses rakaman suara atau voiceover untuk scene Beto. Khairul Anuar yang suaranya banyak digunakan untuk drama TV3 juga berpeluang bergandingan bersama aktor tersohor ini.

Melihat penghayatan Beto untuk voiceover ini membuatkan ramai yang kagum. Bukan mudah kerana watak tersebut berubah-ubah emosinya tetapi ianya berjaya dihidupkan oleh Beto. Sekejap suaranya bernada marah, sebentar lagi pula berubah menjadi sedih, memang terbaik lah.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )

@khairulanuarazmi

VO dengan Hero Malaya Beto Kusyairy #voiceover #fyp #1hari1voiceover

♬ original sound – Khairul Anuar Bin Az – Khairul Anuar Bin Az

@khairulanuarazmi

Voiceover promo Iklan Hari Raya Adabi #voiceover #fyp #1hari1voiceover

♬ original sound – Khairul Anuar Bin Az – Khairul Anuar Bin Az

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 157 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kenapa tak sediakan 2 mikrofon, kesian beto kena tolak haha.. terjawab sudah siapa di sebalik vo drama tv.. ”

” Ouh macam ni rupanya buat iklan.. Macam tu ke beto bila mengam0k haha.. Mantap untuk adabi, terbaik. DUa-dua handal.. ”

” In action betul la beto ni.. sambil cekak pinggang ja nada mrh skjp tegas skjp sedih skjp.. mcm tu swap feel tu.. terbaik la beto ni.. ”

” Susah jugak jadi pelakon kena tukar tukar mood marah tiba tiba kena jadi mood sedih balik.. ”

” Best baru tahu belakang tabir macam ni. Beto ni memang hebat lah.. dia berubah sekelip mata je.. ”

” Dua dua hebat Alhamdulillah satu anugerah yg ramai org xde.. Dlm studio pn rase mcm beto brlakon betul2.. if x tgk scene ni mmg ingt tgh ade iklan.. ”

” Ala cekak pinggang ye bang, garang amat ni.. Sergah karang melatah haha. Terbaik lah Beto, in character betul.. patut la lakonan dia tu menusuk ke hati.. ”

Klik gambar untuk info..

Walaupun hanya untuk voiceover tetapi Beto maintain in character. Ini baru lah definisi pelakon yang hebat. Tak sabar hendak melihat drama iklan raya ni nanti, tentu sedih. Kalau Beto yang berlakon, pasti akan berjurai air mata penonton.

Silakan SHARE..

Sumber :  Tiktok Khairul Anuar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT