Artis / Selebriti
” Nak nyanyi ke nak melatah ni. Lucu tengok Beto punya melatah, haha.. ” – Netizen

Video Beto Kusyairy Dan Zahiril Adzim Karaoke Bersama Buat Warganet Terhibur. Nakal Zahiril Mengusik Beto, Tergelak Anaqi Dekat Belakang Tengok. Member Baru Nak Menyanyi, Dah Melatah Jadinya. Haha !!
Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim sememangnya bersahabat baik sejak dahulu lagi. Keakraban mereka ini seperti saudara dan saling memahami perangai masing-masing. Tidak hanya selalu melakukan aktiviti bersama-sama di luar, mereka juga selalu berkunjung ke rumah antara satu sama lain.
Meninjau akaun Instagram Beto Kusyairy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Beto dan Zahiril berkaraoke bersama. Mereka memilih lagu Singkong Dan Keju sebagai lagu duet mereka. Anak Zahiril, Anaqi pula hanya memerhati gelagat Zahiril dan Beto itu.
Beto memang sejenis yang kuat melatah dan pantang kena usik pasti latahnya akan keluar. Baru mula sahaja muziknya, Zahiril sudah menyakat Beto. Spontan latah Beto keluar dan Anaqi ketawa melihatnya. Komen warganet, ini mahu karaoke ke mahu melatah.
Bukan hanya Beto yang suka melatah, Zahiril juga ada perangai yang sama. Alahai sesuai sangat lah jadi sahabat baik, perangai pun lebih kurang. Dia menyakat tetapi akhirnya dia juga ysng melatah sama. Terhibur warganet menonton video nyanyian dua sahabat ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 30 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Zahiriladzim beto_kusyairy x skrg ni sy expect sorang je kaki latah ujng2 sekali pn same jugak melatah jugak. Allah.. Hiburan btl korang ni.. ”
” Gerammm eh lagu.. Menyanyi sambil melatah pon boleh, janji ikut skrip sudah haha.. lucu lah tengok Beto punya melatah tu.. ”
” Yang tu la pasal hahaha.. yg aku geram kat si tukang kacau tu sbb dia pon mat latah jugak.. ”
” Nak karaoke pun sempat melatah abang Beto haha. Part melatah tu aku terhibur tengok. dua-dua kaki latah, kelakar lah korang.. nasib suara best.. ”
” Yang mengusik tu pun. Tak padan ekkk. Hahaha.. intro sempat melatah eh, adui Beto. nie reunion boy and haron ke hahaha legend betul.. ”
” Ehhh… why dedua nampak muda pulak ni… tq.. sungguh menghiburkan.. Nak nyanyi ke nak melatah ni.. eehhh haha.. ”
” Terima kasih atas SUMBANGan lagu ni.. love dengan friendship korang ni. hahahhaha smpatt lain mcm diorg ney yg klakornya beto tu malatah.. ”
” Tak boleh tengok lah abang Beto Kusyairy melatah haha. berdekah la, dua-dua kaki latah tak tahannya.. Ish la dua mat latah ni haha.. ”
Lawak sungguh apabila kaki latah berkaraoke bersama, sama-sama suka menyakat pula tu. Suara Beto dan Zaharil pun best juga didengar, sesuai lah dengan lagu yang dipilih itu. Next time boleh lah bestfriend mereka, Azhan Rani pula join karaoke bersama, tentu lagi kecoh dibuatnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Beto Kusyairy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen