Artis / Selebriti
” Nampak Hun pun dia rasa sedih bila tersingkir.. ” – Netizen
Video Tersingkirnya Roti John Dalam Rancangan The Masked Singer Malaysia Buat Ramai Peminat Pun Turut Bersedih. Ramai Yang Dah Dapat Agak Roti John Adalah Hun Haqeem Dan Puji Suara Hum Sedap Menyanyi !!
Semalam, menerusi rancangan The Masked Singer Malaysia musim ke- 4 bagi pusingan separuh akhir telah menyaksikan peserta Roti John tersingkir dan sekali gus didedahkan indentiti sebenarnya di sebalik maskot adalah pelakon Hun Haqeem.
Hun membawa lagu Rozana oleh kumpulan Search dan juri berjaya meneka Roti John adalah Hun. Meninjau di akaun Instagram Astro Gempak telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan persembahan Roti John, saat topeng Roti John dibuka dan temubual bersama Hun.
Setelah topeng dibuka, jelas kelihatan wajah Hun sedikit sedih setelah diumumkan tersingkir. Menerusi video temubual pula, Hun mengakui sedikit sebak apabila tersingkir pada peringkat separuh akhir dan mula merasa ‘ jatuh cinta’ menyanyi dalam rancangan itu.

Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang kagum dengan bakat nyanyian Hun kerana Hun boleh menyanyi dengan baik. Sehingga kini, video mengenai Roti John menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka juga turut bersedih apabila Roti John tersingkir semalam. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Nampak Hun pun dia rasa sed1h bila tersingkir.. Baru nak tengok Jekfer ke final… Suara dia memang sedap lah menyanyi.. “
” Awal2 igtkan 6 perserta.. Roti John dah seronok kemain.. Last2 5 pula yang akan ke final. .Huhu kena semua suara sedap2 tersingkir.. “
” Penat lah undi, tetap tersingkir juga.. Emmmm kenapa Roti John terkeluar.. Ishh rasa tak puas hati pula penyingkiran semalam.. “
” Sy pn kecewa apatah lg hun.. Mmg jangka ke final sbp tak pnh pn dia bottom 3.. Baru mgu ni bottom 3 trus kena buang.. “
” Kami pun sebak menangis tau Hun.. Bila tengok Hun terkeluar.. Please buat lagu Hun.. Sayang suara sedap kalau tak keluarkan lagu.. “
” Dulu burung Hantu ramai tak sangka ,Hannah Delisha boleh menyanyi,sekarang turn Hun pula,boleh lepas ni aktif dalam bidang nyanyian pula Hun.. “
” la baru nk tengok 6 finalist kat final nant.. Kenapa astro tak bagi 6 ke final. Sed1h Hun tersingkir tau.. Menci lah.. Tak adil.. “
Alahai ramai yang turut bersedih Hun tak dapat ke final kerana bagi mereka suara Hun merdu. Apa-apa pun memang terbaik lah persembahan Hun dari awal minggu sehingga lah di peringkat separuh akhir. Mana tahu nanti Hun akan mengembangkan bakatnya pula ke bidang nyanyian.

Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen



