Artis / Selebriti
” Masalahnya nak naik pentas jadi cameo berapa minit je pun, tapi dia punya sweet. Cair tengok.. ” – Netizen
Video Di Belakang Pentas Gelagat Beto Kusyairy Bersama Isterinya Sebelum Keluar Ke Pentas AJL38. Alahai Sweetnya Beto Layan Isteri. Ish Dan Dan Ramai Yang Request Nak Suami Macam Beto !!
Beto Kusyairy membuat penampilan khas di pentas Anugerah Juara Lagu 38 semalam bersama pelakon cantik, Diana Daniella. Mereka berdua didatangkan khas sebagai penampilan istimewa ketika Amir Jahari menyampaikan lagu Hasrat yang menggondol gelaran juara AJL.
Lagu Hasrat ini merupakan OST Filem Imaginur lakBETOonan Beto dan Diana sebelum ini. Muncul sahaja wajah Beto dan Diana di pentas, riuh dengan sorakan penonton kerana ianya kejutan yang tidak dijangkakan dan Amir berjaya membuat penonton teruja dengan persembahan itu.
Meninjau ke akaun Instagram Beto Kusyairy dan Hot FM, telah dikongsikan satu video kejadian yang berlaku di belakang pentas sebelum Beto melangkah ke pentas utama. Beto yang ditemani oleh isterinya, Tisha Shahar membuatkan ramai golongan single merasai ingin memiliki suami seperti Beto.

Beto sempat memeluk dan mengucup dahi Tisha sebelum menyelesaikan tugasannya untuk AJL. Tak pernah tak sweet lah Beto dan Tisha ni. Kebahagiaan mereka berdua ini turut sama dirasai oleh warganet lebih-lebih lagi peminat setia Beto. Kasih sayang dan cinta yang tak pernah pudar untuk si isteri, untung Tisha.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 38 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Beto adalah satu satunya artis yang tak sombong guys… Saya pm dia dekat ig confirm dia reply. memang fav artis lelaki dekat Malaysia ni.. saya doakan beto dan isteri akan ada rezeki anak, amin.. ”
” Ramai yg mau suami mcm beto.. tapi tidak ramai yg perangai mcm isteri beto.. istri dia msti sangat menghormati suami dia.. sbab tu la beto syg dia.. ”
” Hati wanita mana yang tak tersentuh bila punya suami yang sebaik dia , sesungguhnya kasih sayang , perhatian lebih hebat dari wang ringgit.. ”
” Beto ni klu letak kat beg kuning, kompom berebut org order.. semoga kekal hingga ke jannah ye beto dan isteri.. ”
” Saya pulak yang blushing, aww sweet. sy dh dpat, x sbijik tpi alhamdulilah seakan sme prangai cm beto.. dn kami jgak ttc sme mcm beto.. ”
” Rezki org berbeza. rezki beto and wife adalah kasih sayang yg kuat namun ujian mereka yg kita nmpk blm ada rezki zuriat. yg lain2 kita xtau.. ”
” Bahagia walaupon takde anak. redha itu sangat mahal. semoga dikurniakan zuriat amin.. masalahnya nak gi naik pentas jadi cameo brapa minit je pun, tapi dia pnya sweet cenggini ekkk.. cair tengok.. ”
Seronok warganet melihat cara Beto melayani dan menyantuni isteri. Nak tinggal beberapa minit pun tetap sweet. Ramai juga yang mendoakan agar pasangan ini dikurniakan zuriat. Semoga Beto dan Tisha terus berkasih sayang dan hidup bahagia sampai ke akhir hayat. Insha Allah, Allah pasti kabulkan ‘hasrat’ Beto dan Tisha nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Beto Kusyairy, IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil



