Connect with us

Artis / Selebriti

” Dengar sampai berkali-kali, rasa tenang je dengar suara Watie nyanyi macam ni.. ” – Netizen

Watie Hanifiah Kongsi Video Menyanyi Sambil Diiringi Petikan Gitar Yang Dimainkan Oleh Shuib Raih Perhatian Ramai. Wah Merdu Juga Suara Watie, Ada Bakat Jadi Penyanyi Lah !!

Sejak mendirikan rumahtangga buat kali kedua, pelawak Shuib Sepahtu dan pasangannya, Watie Hanafiah sering menjadi perhatian warganet. Ada sahaja video mahu pun gambar terbaru mereka di media sosial pasti menjadi perbualan ramai.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Watie sendiri telah memuatnaik dua video yang memaparkan Shuib sedang bermain gitar ketika sedang menyanyi. Tulis Watie di ruangan kapsyen, video-video ini disimpan sebagai kenangan kerana bukan mudah Shuib memberikan keizinan buat dirinya untuk menyanyi.

Tulis Watie lagi, ini adalah kali pertama Shuib sudi bermain gitar untuk lagu yang Watie menyanyi. Perkongsian video-video tersebut sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suara Watie menyanyi lagu itu begitu sedap didengar.

Bukan itu sahaja, ramai juga suka melihat gaya Shuib bermain gitar secara bersahaja dan nampak profesional. Sehingga kini video yang dikongsikan Watie ini telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai merdunya suara Watie.

Jom tonton video di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai video nyanyian Watie. Antara komen-komen menari adalah :

” Dengar sampai berkali-kali, rasa tenang je dengar suara Watie nyanyi macam ni.. Semoga bahagia till jannah, hariΒ² tunggu storyy pengantin baru nehh.. “

” Sedap suara Watie, suka dengar.. Untung dapat suami pandai main gitar, boleh lah nyanyi hari2, ehehe.. Tgk video ni terus igt arw4h Siti Sarah, macam ni lah Shuib layan arw4h.. “

” Ok je suara Kak watie jelas & merdu slow2 je tenang gitu.. Myb Abg Shuib taknk org lain dgr suara merdu akk.. Bia dia sorg je yg dgr.. “

” Kenapa saya dengar nyanyian macam ada aura Siti Sarah hadir dlm suara dan diri Watie.. Mungkin sama Shuib merasa juga.. “

” Semoga Watie menjadi seorang ibu yang baik pada anak ii arw4h Siti Sarah dan jagalah anak dgn baik dgn penuh kasih sayang.. “

” Sedapnya suara, pls buat video nyanyi banyak2, rasa best sangat dengar tau.. Semoga Shuib dan Watie bahagia selalu.. “

” Sedapp laa suara Watie best dgr.. Mungkin ni salah satu buat Shuib dengan Watie.. Ada hobi yang sama.. Semoga bahaiga till jannah.. “

Wah sedap betul suara Watie menyanyi, patut lah ramai yang memujinya. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik buat pasangan pengantin baru ini. Semoga rumah tangga yang baru dibina mereka akan terus kekal bahagia bersama anak-anak dan segala urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG iamwatie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT