Connect with us

Artis / Selebriti

” Bukan budak biasa biasa ni, dari sebutan makraj arabnya. Rezeki dia.. ” – Netizen

Video Shuib Membuat Content Teka Menang Kepada Seorang Rider Makanan Buat Ramai Tersentuh. Terharu Tengok Dia Cium Tangan Dan Peluk Shuib. Part Komen Rider Tu Pun Sebak, Dia Bagitahu Duit Yang Dia Dapat Tu Dia Buat Apa. Rezeki Kau Dik !!

Meninjau di akaun Instagram milik pelawak Shuib Sepahtu telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib memanggil seorang rider makanan untuk menghantar sambal yang mahu dikirimkannya ke sebuah rumah. Ketika rider tersebut tiba di halaman rumah Shuib, Shuib meminta izin kepada rider itu untuk membuat video content bersamanya.

Kata Shuib, dia ingin memberikan hadiah jika lelaki itu boleh menjawab beberapa soalan yang ditanyanya. Soalan pertama yang ditanya oleh Shuib adalah ‘adakah awak sedang berpuasa pada hari ini ?’. Jawab rider itu, dia berpuasa sambil menganggukkan kepalanya.

Klik gambar untuk info..

Lalu, Shuib menjawab jawapan yang diberikannya adalah benar dan memberikan hadiah pertama wang ringgit berjumlah RM50. Manakala soalan kedua pula Shuib meminta membaca niat puasa dan soalan itu juga berjaya dijawab serta rider itu  menerima wang berjumlah RM100.

Soalan terakhir Shuib adalah ingin mendengar bacaan doa berbuka puasa dan ianya juga berjaya dijawab sekali gus mendapat lagi wang berjumlah RM100. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada mengatakan melihat cara rider ini menjawab soalan, dia bukanlah seorang yang ‘biasa biasa’ .

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai memuji tingkah laku lelaki ini. Selain itu, tak disangka adik rider itu turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kepada Shuib dan memberitahu apa yang dilakukannya selepas menerima duit daripada Shuib. Antara komen-komen warganet :

” Bukan budak biasa biasa ni, dari sebutan makraj arabnya. Rezeki dia.. Rasa terharu tengok reaksi dia bila dapat duit tu.. Siap salam cium tangan peluk lagi.. “

” Alhamdulillah,soft spoken dan dari segi tutur katanya aku pasti rider ni Dari family yg baik2.. Semoga murah rezeki Shuib lagi lepas ni.. Terbaik bro.. “

” Rezeki Allah tanpa kita duga, life is not about logic.. Tq Ib for the video. May Allah bless both of you with endless blessings, Ameen.. “

” Aku tgok aku yg crying.. Tak tahu la mke naluri mak2 ahahha smge dipermudahkan urusan adik ni.. Dia punya syukur, respect & terharu sampai nak salam cium tgn. Rezeki xsalah alamat. Terbaik Soib.. “

” Ya Allah polite sungguh budak ni tgok cara budak ni.. Tahu didikan fmly dia mcm mna.. Semoga menjadi anak yg soleh ya adik.. “

Klik gambar untuk info..

” Sejuk perut mak dia tengok ni, sopan santun anak muda ni,  gaya sebut bahasa arab tu, gaya orang selalu ngaji Quran ni. Moga terus dimurahkan rezeki bor rider.. “

” Alhamdulillah Ib… Sometime kite tatau ada org sgt2 memerlukan kan… Good job Ib.. Kongsi benda baik untuk tontonan kami.. Semoga murah rezeki kau Ib.. “

Komen daripada rider makanan tersebut :

Sebak pula membaca komen rider itu, dapat duit terus pergi servis motor. Nampak dirinya memang seorang yang bersopan santun dan beradab. Tengok sahaja lah selepas dapat duit terus dia peluk dan salam cium tangan Shuib. Apa-apa pun semoga Shuib murah rezeki lagi selepas ini kerana berkongsi rezeki pada bulan ramadan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT