Artis / Selebriti
” Sebaknya, paling sebak tengok Bella peluk Muhammad.. ” – Netizen
Video Anak Sulung Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Sophea Isabel Sebelum Dan Ketika Dihantar Ke Kolej Genius Permata Pintar Buat Warganet Tersentuh. Sayu Pulak Tengok Bella Berpelukan Dengan Adik-Adik Tu. Dr Sheikh Pun Tahan Air Mata !!
Anak sulung angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Sophea Isabel kini sudah pun 13 tahun usianya. Bella yang aktif dalam pelbagai jenis sukan dan antara pelajar yang terpilih dalam saringan pelajar genius Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun lalu.
Sebagaimana yang dimaklumkan oleh Dr Sheikh baru-baru ini, Bella mendapat beberapa tawaran untuk pengajian menengah dan mereka akhirnya memilih Kolej Genius Permata Pintar untuk Bella. Hari ini adalah hari yang dinantikan untuk pendaftaran Bella.
Meninjau akaun Instagram Dr Sheikh Muszaphar Shukor, telah dikongsikan suasana sebelum dan ketika Bella di hantar ke kolej. Bella memeluk satu persatu adik-adiknya dan ini menjentik rasa sayu di hati warganet. Sambil tersenyum, masing-masing kelihatan sedih untuk berpisah.
Dr Sheikh sendiri kelihatan menahan air mata ketika berpelukan dan bersalaman bersama Bella. Bukan mudah untuk melepaskan puteri sulungnya ini berdikari sendiri, namun ini adalah yang terbaik untuk masa depan Bella. Moment yang paling menyayat hati antara seorang ayah dan anak.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 26 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Beginilah perasan masa saya hantar anak sulung kembar saya. Sorang TKC, sorang MRSM Langkawi.Good Luck Bella! Auntie yakin Bella akan pandai bawa diri dan menjadi manusia yang berjaya suatu masa nanti.. ”
” Sulung ni die punya sedih lain sikit… selalu mengalah dengan adik… moga urusan bella dipermudahkan.. ”
” Everyone is holding back their tears.. sebak pulak tengok Bella peluk siblings dia.. saya pulak yang menangis. rasa macam anak sendiri, dah besar Bella.. ”
” Seminggu nie memang teringat. Nasib baik dekat jugaklah seremban. Weekend boleh visit. Bella menangis dalam hati peluk adik2 nak2 lagi yang kecik e&e dan muhammad. Berbuka dah kosong satu kerusi. Macamne tasha agaknya malam nie without roomate.. ”
” Saya pula nak nangis doc. Follow story doc ni dari Bella kecik, cepat je tengok dia membesar and dah nak tinggalkan parents.. ”
” Kenapa sy yg sebak tgk ni.. meleleh air mata. Eratnya hubungan mesra adik beradk. Kita yg tngok ni pon terasa sedih nya.. ”
” Sebaknya. Paling sebak tgk Bella peluk Muhammad.. Mcm Muhammad tak dpt peluang masa yg byk bersama Kakak Bella.. ”
Sayu tengok wajah Bella ketika bersama adik-adik tu tetapi ini lah harga yang perlu dibayar untuk sebuah kejayaan. Teruskan melangkah dengan cemerlang Bella dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Jaga diri dan semoga kejayaan sentiasa bersama Bella.
Silakan SHARE..
Sumber : IG DR Sheikh Muszaphar Shukor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak terkata ye bila orang tanya sayang macam mana, hanya deraian air mata.. ” – Komen Netizen