Artis / Selebriti
” Kita yang baca pun rasa manis gulanya, semoga terus bahagia hingga ke syurga.. ” – Netizen
Titip Ucapan Sempena Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 13 Tahun, Perkongsian Datin Dr Halina Mohd Yunos Dan Suami, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Raih Perhatian Warganet. Alahai Sweet Betul Suami Isteri Ni !!
Nama Datuk Dr Sheikh Muszaphar memang tidak asing lagi. Dr Sheikh yang merupakan angkasawan negara turut aktif di media sosial. Suka memuatnaik aktiviti harian dengan pengikutnya, Dr Sheikh juga tak lokek berkongsi pelbagai tips dan ilmu.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram isteri Dr Sheikh iaitu Dr Halina Mohd Yunos, telah dikongsikan ucapan sempena ulangtahun perkahwinan bersama Dr Sheikh yang ke 13 tahun semalam. Dr Halina turut berkongsi video gambar mereka berdua dari awal berkahwin sehinggalah sekarang.
Tulis Dr Halina dengan berseloroh mengatakan yang semakin mempunyai anak ramai, baru Dr Halina sedar gambar berdua dengan Dr Sheikh semakin berkurang. Dr Halina mendoakan agar rumahtangga bersama suami tersayang akan terus bahagia dan berharap akan bersama Dr Sheikh sehinggalah ke jannah.

Selain Dr Halina, Dr Sheikh juga berkongsi ucapan buat Dr Halina di akaun Instagram miliknya. Sehingga kini, posting pasangan ini telah menarik perhatian warganet dan menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen rata-rata peminat turut memberikan ucapan dan menitipkan doa buat Dr Halina dan Dr Sheikh. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kita yang baca pun rasa manis gulanya.. Semoga terus bahagia hingga ke syurga Dr Halina dan Dr Sheikh Muszaphar.. “
” Happy blessed anniversary, may Allah bless you and family abundance of love, respect, happiness good health , resilience , imsn & takqwa.. “
” Happy anniversary to both Dr Syeikh and doc Harlina.. May you both be with each other.. Till jannah.. Today is my 36th anniversary.. “
” Senyuman Dr Halina sgt bahagia. Sy turut merasai. Alhamdulillah. Moga hubungan doktor berdua sentiasa dalam perlindungan Allah hingga ke jannah. Amin YRA.. “
” Lovely couple.. Wishing both of you many more years to count! Happy anniversary both, my inspirational Dr’s.. “
” Alhamdulillah barakallahifikum, moga cinta hingga ke syurga., you both are very loving couples., great parent., bless with 7 healthy n excellent kids.. “
” Alhamdulillah. Happy Anniversary Dr Halina and Dr Sheikh Muszaphar.. Semoga dikurniakan rumahtangga yang dilimpahi dengan sakinah (ketenteraman), mawaddah (cinta) dan warahmah (kasih-sayang) hingga ke Syurga Firdaus kelak.. “
Alahai jarang-jarang nak tengok Dr Halina tulis ayat sweet macam ni. Apa-apa pun di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 13 tahun buat Dr Halina dan Dr Sheikh. Semoga kalian akan terus hidup bahagia bersama hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG drhalina, drsheikhmuszaphar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti3 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

