Artis / Selebriti
” Tengok suasana ni macam terbayang pula arwah ada sekali.. ” – Netizen
Berbuka Puasa Bersama Keluarga Arwah Siti Sarah Raissuddin, Ramai Puji Sikap Shuib Dan Watie Dalam Menjaga Hubungan Silatulrahim. Syoknya Makan Ramai-Ramai Duduk Bersila. Watie Siap Bawa Masakan Asam Pedas Kegemaran Ayah Sarah Yang Dia Masak Sendiri !!
Meninjau ke akaun Instagram Shuib Sepahtu, perkongsian sebuah video yang memaparkan Shuib sekeluarga pergi berbuka puasa bersama keluarga arwah Siti Sarah raisuddin telah membuatkan ramai peminat rasa tersentuh hati dan sebak.
Walaupun Siti Sarah sudah tiada dan Shuib sudah pun berkahwin lain, namun ukhuwah antara Shuib dan keluarga Siti Sarah tetap rapat seperti dahulu. Malah Watie juga nampak sangat serasi bersama keluarga arwah Siti Sarah seperti keluarganya sendiri.
Shuib dan Watie bersama anak-anak turut berkumpul bersama adik-beradik Siti Sarah dan masing-masing membawa lauk pauk untuk berbuka bersama. Nampak begitu meriah apabila berkumpul beramai-ramai seperti menyambut hari raya.

Perkongsian ini telah menerima lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Hidangan yang disediakan nampak begitu menyelerakan dan sangat membuka selera. Anak-anak juga seronok bertemu sepupu mereka. Watie juga membawakan lauk asam pedas masakannya yang merupakan kegemaran Raissuddin.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang berasa tersentuh melihat ukhuwah keluarga ini walaupun Siti sarah sudah tiada. Antara komen-komen yang diberikan :
” Tgok suasana ni mcm trbayang pulak arwah ade skli.. Alhamdulillah. Inilah yg arwah Siti Sarah inginkan. Ukhuwah terus terjalin. Alhamdulillah .. “
” Suke betul tgk talita cantikk.. Allahuakbar… Keli bakar yg x tahan tu.. kena dengan air asam… Fuhhhhhh.. Cantikk watie muka natural .. “
” Minta abah buka balik kedai makan dekat kuala selangor shuibsepahtu rindu nasi goreng udang galah.. Mata masuk habuk.. “
” Watis cantik sgt. nmpk lembut ja muka. dulu ada eyelash extension tuu muka nmpk garan hehe.. Cantik mummy punya baju, asam pedas tu pula nampak mengancam.. “
” Syoknya makan ramai2 bersila mcm ni. Lauk pun mantap.. ada cacapan lagi tu.. Talita sangt2 cantik.. lurve syg.. Telan air liur siuttt tgok bubble bee.. “
” Meriah berbuka harini.. Adoi. Lapar pulak perut.. Alhamdulillah.. terasa arwah pun ada skli.. Semoga Germbira dan Berbahagia selalu Abg Shuib sekeluarga… “
” Family Watie sangat private. Tak pernah tunjuk. Kasih sayang yang tak dapat di jual beli. Semoga dimurahkan rezeki seluas lautan bang… “
Berbuka puasa beramai-ramai sememangnya amat menyeronokkan. Tambahan pula dihidangkan pelbagai menu yang sedap-sedap. Semoga hubungan silatulrahim keluarga ini terus berkekalan sampai bila-bila dan bahagia selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen



