Artis / Selebriti
” In character betul, sampai dah cut pun still nangis. Dahsyat Ummi Nazeera.. ” – Netizen
Video Behind The Scene Episod Akhir Rindu Kasih 2 Lakonan Ummi Nazeera Buat Warganet Menangis. Realnya Lakonan Ummi. Tangisan Ummi Bukan Setakat Dalam Scene, Dah Cut Pun Terok Ummi Menangis. Sedih Betul Tengok Ummi !!
Berakhir sudah drama rantaian Rindu Kasih 2 lakonan hebat Izzue Islam dan Ummi Nazeera. Cerita yang sarat dengan mainan emosi dan air mata ini ternyata membuatkan pengikut setia drama ini baik lelaki mahu pun wanita berjurai air mata melihat episod akhir semalam.
Meninjau akaun Tiktok Aju Ahmad, telah dikongsikan video behind the scene babak Ummi mendapat tahu kemat1an anak dan suaminya. Penghayatan Ummi untuk watak Salina ini memang terbaik dan membuatkan penonton turut sama menangis.
Di sebalik apa yang penonton lihat di kaca TV, rupa-rupanya di belakang tabir Ummi juga ‘terok’ menangis ketika babak ini. Kru yang di set juga tidak dapat menahan air mata melihat lakonan Ummi. Walaupun pengarah sudah mengatakan ‘cut’, air mata Ummi masih tetap lagi mengalir deras sampai bergetar-getar badannya.

Hilang anak dan suami, Ummi berjaya menunjukkan perasaan sebenar seorang wanita dan ibu. Betapa Ummi mendalami insan bernama Salina yang hidupnya penuh dengan cubaan dan dugaan. Salute lah Ummi, wajib menang award dengan lakonan sehebat ini.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@ajuahmad_ Behind the scene Finale Episode 🤍 Thank you guys always support my VTT🥰#fyppppppppppppppppppppppp #RinduKasih2 #behindthescenes #pndpictures #dramasangattv3 #tv3malaysia #fypシ゚viral #fypシ @Nazeera Ummi @Ezzatyco
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah tengok dekat sini pun boleh nangis. Malam tadi pun dah banjir airmata, ni banjir lagi. Tahniah ummi nazeera lakonan mantap.. ”
” Allahuakbar.. aku pulak terasa sakit ikut nang1s bla Ummi Nazeera teriak macam tu.. Padahal berlakon je tapi dah macam betul pulak.. ”
” In character betul… sampai dah cut pun still nangis.. btuiii sedih sungguh la part Ni.. power betul ummi ni.. sedih gila laju je air mata keluar.. ”
” Dia punya nangis masa ratap muka anak dia tu smbil gigil gigil nmpk sngt real ye. Dia patut terima award dh weyh.. ”
” Aku tengok behind the scenes pun da teriakk camnaaa.. dasyat kak umi nazeera. mmg ratu air mata. tgk banyak kali scene ni tetap keluar jugak air mata.. ”
” Tengok kt tv dh nangis, tengok kt tt nangis lagi.. padu ummi. lakonan tu buat kita rasa sama tersiat-siat hati.. ”
” Walaupun aku dah nangis semalam….. tengok vtt ni pun aku nagis lgi huhu.. Rasanya Ummi Nazirah satu2nya pelakon wanita yg boleh mnjiwai watak hebat bgini, bagaikan ianya trajidi sbenar hidup ummi.. ”
Turut mengalir air mana sama warganet melihat video ini, Ummi, anda memang pelakon terbaik. Rasa itu menusuk dan sampai ke hati penonton. Tahniah Ummi dan semua pelakon serta produksi Rindu Kasih 2 kerana drama yang hebat ini. Semoga terus success dan dimurahkan rezeki untuk terus menghasilkan karya sehebat ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ajuahmad_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti5 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae

