Connect with us

Artis / Selebriti

” Bagusnya nafkah bekas isteri tak lupa, salute Norman Hakim.. ” – Netizen

Video Norman Hakim Beri Nafkah Bulanan Untuk Memey Suhaiza Dan Abby Abadi. Alahai Bagusnya Norman, Banyak Pulak Amaun Masing-Masing Dapat. Satu Dalam Sejuta, Part Norman Sebut ‘Tiga-Tiga’ Tu Kelakar, Cu4k Memey !! 

Keakraban hubungan antara Norman Hakim bersama Abby Abadi sering mencur1 perhatian peminat. Tidak hanya Norman, Abby dan Memey Suhaiza juga bagai isi dengan kuku dan seperti kembar. Apa sahaja aktiviti pasti dilakukan bersama-sama.

Hasil tinjauan kami di Instagram Memey Suhaiza, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Norman memberikan nafkah bulanan untuk mereka berdua. Walaupun Abby adalah bekas isteri, namun Norman tidak melupakan tanggungjawabnya memandangkan 3 orang anaknya tinggal bersama Abby.

Memey turut menulis di kapsyennya supaya para lelaki memahami besar tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai ketua keluarga. Lagi ramai, lagi besar tanggungannya. Memey turut mendoakan semoga semua suami sentiasa dilimpahkan rezeki dalam menjaga amanah.

Kedengaran Norman menyebut perlu sama adil dan sama banyak kerana Abby dan Memey kembar tidak seiras. Part Norman menyebut ‘tiga, tiga’ kerana masing-masing ada 3 orang anak juga mencuit hati. Disangkakan Memey 3 isteri, ad0ilah Memey sempat lagi mengusik.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat Norman memberi nafkah ini mendapat pujian daripada peminat. Sus4h untuk bertemu dengan lelaki yang bertanggungjawab seperti ini dan antara komen-komen peminat :

” SubhanaAllah hebatnya family ni. Happy tengok kak Memey sekeluarga. Husband sy cakap sweet erk Norman ni.. “

” Masya Allah, semoga keluarga ini sentiasa dlm rahmat dan keberkatan Allah SWT. Mnjadi contoh terbaik pd semua. Tiga org – tiga org… Ingt kan isteri Hahahaha. Lawakk.. “

” Wow alhamdulillah, salute la dgn norman hakim. Semoga kak Abby dan meymey bahagia dunia akhirat. Nasib bukan 3 isteri.. “

” Bagusnya nfkah bks isteri tak lupa.. ptt la kluarga ni dicontohi.. smga dilindungi slalu. Satu dalam sejuta ada lelaki begini.. beruntung memey.. “

” Suka la tengok kak abby dengan kak memey. kak abby baik sgt untung kak memey dapat kenal dengan kak abby.. “

” Bagusnye ada lelaki cam ni. menghargai ibu kepada anak2 dia. patutlah murah rezeki and rezeki anak2 pon murah. ayahnye pon jenis hati baik.. “

” Patutlah rezeki tidak putus2. tgjwb dan amanah Allah diutamakan. moga Allah sentiasa menghubungkan silaturahim keluarga memey dan Abby.. “

” Very love this family omg menang1s tngok how happy they now and how their life wth Allah. I’m christian and im very touch wth this family. may god bless u all.. “

Bagus sungguh cara Norman menyantuni Memey dan Abby ini. Tidak hairanlah sifat bertanggungjawabnya ini sudah mula beralih arah kepada anaknya, Danish. Semoga kebahagiaan keluarga ini sentiasa berpanjangan dan Norman dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Memey Suhaiza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT