Artis / Selebriti
” Awak telah buktikan ibu tiri tak semuanya jahat.. ” – Netizen

Perkongsian Ucapan Hari Lahir Watie Hanifiah Untuk Uwais Alqarni, Ariq Matin Dan Ibu Shuib, Mama Salmi Buat Ramai Tersentuh. Sebak Sungguh Baca Luahan Hati Watie Kali Ni !!
Menerusi akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan beberapa keping gambar-gambar yang memaparkan Watie bersama anak-anaknya, Uwais Alqarni, Ariq Matin, Talita Zahra dan ibu mertuanya, Salamiah atau mesra dengan panggilan Mama Salmi.
Posting ini adalah bersempena ulangtahun kelahiran ke semua kesayangannya ini. Kemesraan Watie dan anak-anak bukan perkara biasa dan kasih sayang yang terjalin antara mereka sangat erat. Ucapan Watie untuk anak-anak tirinya menjadi perhatian warganet.
Watie menzahirkan rasa terima kasih kerana Uwais dan Matin memberikan kasih sayang yang banyak terhadapnya sehinggakan Watie tidak merasai langsung yang dirinya cuma ibu tiri. Doa Watie agar Uwais dan Matin menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.
Untuk ibu mertua tersayang pula, Watie menitipkan doa agar Mama Salmi diberikan kesihatan yang baik dan selalu berada dalam lindungan Allah. Melihat kepada gambar-gambar yang dipaparkan, sudah cukup menjelaskan betapa sayangnya anak-anak kepada Watie. Ibu tiri atau ibu ‘sambung’ yang penuh dengan sifat penyayang. Beruntung anak-anak arw4h Siti Sarah dapat mummy yang baik seperti ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Watie ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Awak telah membuktikan bahawa ibu tiri tak semuanya jahat… banyak je ibu sambung ni baik.. ”
” Sbb kak watie pon mummy yg baik.. sebab budak lagi tau mana yang baik dgn dia… so u deserved their love kak watie.. ”
” Suka sgt dgn kebaikan n kasih syg ada.. klau esok lusa sy tak ada pun, sy selalu doa semoga ada penganti yg baik hadir utk anak2 sy.. ”
” Suka tgk kasih syg wati & anak2 dan kemesraan anak2 dgn wati. Moga berkekalan selamanya. Moga bhgia hendakNya. Aamiin.. ”
” Respect and Proud of you.. terus menyayangi dan di sayangi.. inshaAllah.. Semoga Watie terus menjadi isteri, ibu dan menantu yg baik dan penyayang.. Bangga dg kamu.. ”
” Ahh sebak i baca , kite pun bakal menjadi ibu tiri kpd 2org ank boy 13yrs & girl 10yrs tp dh jaga & kongsi ksh syg since si adik 2yrs lg .. doakan kite okey. proud of you mummy.. ”
” Boleh nampak keserasian di situ… selesa depa dengan momy… alhamdulillah anak-anak dapat seorang momy yg baik.. semoga Kaseh syg ni kekal sampai bila-bila.. insyaallah.. ”
” Ibu sambung yang baik. smoga watie terus hebat dn menjadi yg terbaik dlm khidupan sehari dn seterusnya.. ”
” Bagusnya watie … Susahlah nak jumpa mcm Wati… buat mcm Anak Sendiri. Memang tepat sangat pilihan shuibsepahtu. Semoga Allah Memelihara Keluarga Ini Hingga Ke Jannah… Tersenyumlah Arwah Bila Tengok Semua Nie… Memang Salute Sangat2.. ”
Shuib membuat pilihan yang tepat bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk anak-anaknya. Watie mencurahkan kasih sayang yang tulus dan ikhlas, maka tidak hairan lah semua anak-anak sayangkan Watie. Semoga kasih sayang Watie dan anak-anak kekal berpanjangan sampai bila-bila.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok house tour tak fokus. Ni la review riak yang tak nampak riak, nampak kelakar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Lima kali aku ulang tengok muka Bang Aji dok tenung je muka Dato’ Aliff tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen