Artis / Selebriti
” Disebabkan tu Nana jadi mangsa keadaan. Datin Alyah pun tak salah.. ” – Netizen

Perkongsian Siti Nordiana Gambar Bersama Datin Alyah Raih Perhatian Ramai. Alahai Kesian Nana, Macam-Macam Kec4man Diterima Gara-Gara Menyanyi Lagu Datin Alyah Di Pentas Final All Stars Gegar Vaganza. Datin Alyah Pun Ada Respon Di Komen !!
Rancangan realiti All Stars Gegar Vaganza telah pun melabuhkan tirainya dan banyak corat-coret serta isu yang diperkatakan oleh wargamaya lebih-lebih lagu isu berkaitan Siti Nordiana dan isteri kepada juri tetap ALGV, Dato’ Ramli MS iaitu Datin Alyah.
Ianya bermula apabila salah seorang juri memberikan komen menurutnya yang nyanyian Siti Nordiana lebih sedap berbanding penyanyi asalnya. Membawakan lagu Kisah Hati dendangan asal Datin Alyah, ianya menimbulkan ketegangan antara peminat kedua-dua belah pihak.
Meninjau akaun Instagram Siti Nordiana, telah dikongsikan sekeping gambar Siti Nordiana bersama Datin Alyah. Turut dituliskan Siti Nordiana di ruangan kapsyennya ucapan maaf terhadap Datin Alyah sekiranya nyanyiannya itu ada kekurangan.
Selain itu, Siti Nordiana juga menyatakan dia cukup berbesar hati kerana dapat membawakan lagu Datin Alyah itu. Nana juga rasa gembira kerana Datin Alyah sudi datang ke Gegar Vaganza memberikan sokongan kepadanya. Hakikatnya Siti Nordiana dan Datin Alyah baik-baik sahaja dan saling menyokong antara satu sama lain.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Siti Nordiana ini telah pun meraih lebih 32 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Disebabkan tu Nana jadi mangsa keadaan.. padahal masing-masing ada kelebihan masing-masing ada aura masing-masing , pembawaan pon mmg takkan sama .. datin pun tak salah.. ”
” Penyanyi asal tetap terbaik.. sitinordiana mempunyai gaya tersendiri i like. alhamdulillah support each other, tq datin Alyah. Good luck juga utk sfmm38.. ”
” Dua2 memang dh terbaik. kesian nana kena kec4m terpk… dgn komen datin kat sini. semoge isu itu semakin reda.. btw can’t wait datin dgn nana dekat semi final muzik2 nanti.. ”
” Datin & kak nana ada cara nanyian tersendiri.. kami hormat dua2… btw ni lagu sy selalu dgr masa study asasi ..dlu fav time tu duk ulang2 dgr.. ”
” Dorang ni ok je.. jgn peminat2 kedua pihak yg saya respect, ni bertelagah ye.. jgn amik hati apa yg bonda hetty katakan.. ”
” Nana is nana. Datin Alyah is Datin Alyah.. Dedua sedap n dedua ada kelebihan suara masing2. Mana boleh compare dgn penyanyi asal mcm tu. Kesian datin tauu.. ”
” Dua-dua ade cara tersendiri dlm nyanyian yg terbaek semuanya semoga perjlnan seni masing2 terus diberkati inshaallah.. ”
” Awak mmg lain lah Siti Nordiana. Humble, rendah hati awk takde siapa boleh lawan. Terus dgn sifat begitu Nana, ini lah reason utama knp kami peminat sgt2 sygkan awk.. ”
Ini pula komen yang diberikan oleh Alyah setelah membaca perkongsian Siti Nordiana :
Betul kata Datin Alyah, mereka berdua tak perlu pun ada dalam isu ini. Yang penting, masing-masing ada cara tersendiri dalam menyampaikan lagu itu. Semoga Siti Nordiana terus bersemangat untuk pertandingan Muzik-Muzik akan datang dan beroleh kejayaan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Nordiana , IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen