Connect with us

Artis / Selebriti

” Yakin betul kau dik yang tu Cik B.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Vida Disapa Oleh Seorang Kanak-Kanak Yang Menyangkakan DSV Merupakan Cik B Buat Ramai Terhibur. Selamba Dia Je Ajak Bergambar. Part Last Bila Tanya Nama Ibu Kepada Cik B Buat Ramai Berdekah Gelak !!

Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Seri Vida, perkongsian sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menegur Dato’ Seri Vida dalam keadaan teruja telah meraih perhatian ramai. Kanak-kanak tersebut menyangkakan Dato’ Seri Vida merupakan Cik B.

Video ini dirakamkan di dalam sebuah stadium yang dipenuhi ramai orang ketika perlawanan bola sepak. Kanak-kanak tersebut dengan selamba memanggil Dato’ Seri Vida dengan panggilan Cik B walaupun Dato’ Seri Vida menyatakan yang dirinya adalah ibu kepada Cik B.

Klik gambar untuk info..

Kanak-kanak tersebut turut mengajak Dato’ Seri Vida bergambar bersama tanpa rasa segan silu. Sebelum beredar, Dato’ Seri Vida sempat bertanya nama kanak-kanak tersebut dan turut bertanya siapakah nama ibu kepada Cik B. Respon yang diberikan membuatkan Dato’ Seri Vida ketawa kekecewaan.

Walaupun tidak mengenali nama Dato’ Seri Vida, namun sikap hormat kanak-kanak itu turut mencur1 perhatian. Dia sempat meminta untuk bersalam dengan Dato’ Seri Vida. Alahai adik, walaupun salah orang namun confident level tu memang tinggi.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat adik ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Dia kenal dato tp tk tau nama. Dia igt cik B tu nama dato kot.. Knp cik b tk ikut… dye femes dr mamanye.. hehe.. comel je adik ni mintak nk salam.. “

” Maaf dato vida .. nampaknya cik B dah caras kepopularan .. comel adik ni, walopun slh nama kan ttp nak excited nak bergambar.. “

” Cik B lagi popular dgn budak-budak dari Mak dia.. Yakin betul ko dek yg tu cik B.. Anak sapa ni.. bagus betull.. cute gil4r budak ni.. “

” Hahahaha terbukti Cik B lagi famous.. Hahaha… tu lah selalu masuk fb cikb haha.. konpius bebudak.. cute lah budak2 skrg hihi .. part dia minta salam tu alahai sweet.. “

” Cik B lagi femes dari Dato’ Vida ni.. Dalam Dunia ni mcm tu lah DSV.. Tak semua kenal kita.. Cik B dah caras dato vida. Hahaaahaha.. “

” Femes lama kau adik.. .tapi takpe, datoserivida nmpak muda.. Selamba je dia cakap tk thu.. trsalah cik b..xpe yg pntg konpiden tu comel sgt.. “

” Ni kelakar Tapi pandai budak tu.. bagus dia ingat nak salam tanda hormat.. level confident dia tinggi.. Wehh hahaha jujur sungguh budak ni tk knal Dato’ vida .. “

Klik gambar untuk info..

Alahai, sabar je lah Dato’ Seri Vida. Nampaknya anak Dato’ Seri Vida, Cik B lebih popular berbanding emaknya. Tetapi kenangan sebegini pastinya tidak dapat dilupakan oleh Dato’ Seri Vida dan juga adik tersebut. Memang menghiburkan.

Silakan SHARE..

Sumber :  IG Dato’ Seri Vida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT