Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, Isnin, 6 April 2026, tepat pukul 3.47 petang, lahirnya puteri Daddy dan Mummy.. ” – Shuib
Shuib Sepahtu kongsi berita gembira isterinya, Watie Hanifiah selamat bersalin. Yeay, abang Ayash dah jadi abang, Thalita pun dah ada geng. Putih selepuk sungguh baby..
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu perkhabaran gembira mengenai kelahiran cahaya mata mereka. Sebagaimana yang dimaklumkan ketika majlis baby gender reveal sebelum ini, pasangan ini bakal menimang cahaya mata perempuan.
Menerusi perkongsian ini, Shuib memberitahu Watie selamat melahirkan puteri mereka pada jam 3.47 petang tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor. Tanggal 6 April 2026 menjadi tarikh pilihan Shuib dan Watie dan kelahiran si kecil ini menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga.
Shuib turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Watie atas pengorbanannya berjuang untuk melahirkan zuriat mereka itu. Shuib juga memuji Watie sebagai seorang wanita yang sangat luar biasa. Sekadar info, Watie pernah mengalami keguguran sebelum ini dan ianya memberikan satu tamparan hebat untuk Watie.

Namun Allah menyusun takdir yang lebih indah untuk Watie dan Shuib apabila disahkan hamil selepas itu. Kedatangan ahli keluarga baru yang turut dinanti-nantikan oleh semua anak-anak Shuib, Uwais Al-Qarni, Thalita, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Jom baca perkongsian di bawah :


Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Ucapan tahniah membanjiri posting oleh Shuib ini dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Assalammualaikum baby girl. Nanti ibu erah dtg melawat tau tau… alhamdulillah tahniah daddy shuib dan mommy watie.. ” – Siti Sairah
” Maa Syaa Allah TabarakAllah… selamat berbahagia atas kelahiran putri cantiknya semoga menjadi anak shalihah, qurrota A’yun untuk keluarga dan mommy nya segera pulih… Aamiin Yaa Robb.. “
” Tahniah mummy dan shuib. Ok nak g bau baby. Yeahh sama birthday dgn makcik elly sinii.. SiapA sangka Allah hadirkan May Watie bersama adik girl.. “
” Congrats watie and shuib.. Dapatlah thalita geng.. Alhamdulillah, tahniah shuib wati dn ank² , slmt berpantang wati dn shuib.. “
” MashaAllah Tabarakallah. Allahumma barik both of you..”Dulu masa ibu ada, thalita ingtke ayah tu girl tapi boy, dia sedih xde geng.. “
” MasyaAllah tabarakallah alhamdulillah, tahniahh shuib & family.. semoga baby & mommy sihat selalu . selamat berpatang.. “
” Alhamdulillah aala kulli haal.. tumpang gembira.. tahniah.. semoga ibu & anak sihat, Aamiin.. baby sama birthday ngn auntie lala lah.. “
Alhamdulillah segala urusan untuk Watie melahirkan cahayamatanya ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah. Tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Shuib dan Watie atas anugerah berharga ini. Selamat berpantang Watie dan semoga cepat sembuh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen

