Artis / Selebriti
” Akhirnya Watie bersuara pun. Kesian tengok Watie serba serbi tak kena.. ” – Netizen
Kongsi Video Jalan Berpimpinan Tangan Dan Anak Dibiarkan Jalan Sendiri, Shuib Sepahtu Dan Watie Hanifiah Terima Komen Negatif. Tapi Respon Balas Watie Tu Paling Win. Eii Ada Je Benda Makcik Bawang Tak Puas Hati Tau. Kan Setepek Watie Bagi !!
Baru bergelar isteri kepada Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah bukan hanya memikul tanggungjawab sebagai isteri malahan ibu segera kepada anak-anak Shuib. Sering meluangkan masa bersama anak-anak, pasangan ini selalu berkongsikan video dan gambar moment indah mereka itu.
Namun lain jadinya untuk perkongsian terbaru Shuib dan Watie di Instagram mereka. Outing ke sebuah mall, Shuib dan Watie kelihatan berpimpingan tangan berdua sementara Matin menolak Ayash yang duduk di atas stroller dan Talita berjalan sendiri.
Ini mengundang pelbagai komen negatif daripada warganet. Namun Watie tidak cepat melatah dan membalas komen warganet pada sebuah posting baru. Kata Watie, jika mereka sekeluarga keluar 5 jam, Shuib hanya berpeluang pegang tangan Watie setakat 5 minit sahaja.
Manakala masa selebihnya semua anak-anak yang berebut hendak berkepit dengan Watie. Memang betul kata Watie itu lebih-lebih lagi si Matin dan Ayash yang 24 jam bertempek dengan mummy mereka ini. Komen warganet, tidak sepatutnya dinilai Shuib dan Watie hanya kerana video 10 saat itu walhal kejadian penuhnya tidak seperti yang difikirkan oleh netizen.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih puluhan ribu tanda suka daripada warganet dan antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Akhirnya Watie bersuara pun .. netizenn suka cari salah watie awat taktauuu.. gk video pun tau anak2 jenis melekat je dgn mummy nya.. ”
” Tah la..kesian tgk watie ni.. serba serbi x kena di mata mereka. Move on guys.. she is married. Anak2 dia pun sayang dia. Whats the issue.. ”
” Kite love mummy ni.. Pasni watie ngan shuib kene rekod pegang anak-anak 24 jam tanpa gagal ok hehe.. ”
” Anak-anak tak bagi chance eh hehe.. Abaikn je, Watie dgn Shuib sweet2 pun ku prhati mata diaorg x trlps pndg ank2, selalu je mereka pndng tngk ank2.. ”
” Suka tengok Watie. betul-betul jaga anak dia dengan baik. betul-betul ibu penyayang dan mithali.. semoga bahagia selalu.. ”
” Kesian pulak tgk Watie … Wahai natizen berilah ruang utk mereka jalani kehidupan yg bebas. Watie sabar ye.. ”
” Kesian Watie smp kena jelaskan keadaan yg sebenar.. Ada aje x kena.. Tgk sudah la tak payah la nak komen yg bukan-bukan.. ”
Bertabahlah Watie kerana setiap gerak-geri Watie dan Shuib sememangnya sentiasa diperhatikan. Yang pasti, Watie sudah mencuba menjadi mummy terbaik untuk anak-anak. Abaikan sahaja yang mana mengec4m dan teruskan hidup Watie bersama Shuib dan anak-anak dengan gembira okey.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu, IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Tak boleh tahan, Tengku Muhammad join sekali. Tinggal terus wife dekat bawah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Aduh anak ku.. ” – Tengku Ampuan Pahang
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Macam tu je Tunku Azizah rebut mic Tokti. Adoi lawak la Tuanku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wow bestnya, Alhamdulillah rezeki pengantin baru.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dah tahu dah perangai melawak Tengku Muhammad ikut perangai siapa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Entah-entah Alisa yang order, lepas tu daddy yang dapat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sayunya tengok Tengku Muhammad menangis, biasa tengok happy-happy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Tempat yang sama, kisah yang berbeza. Jabal Rahmah jadi saksi pertemuan 2 cinta.. ” – Shuib Sepahtu