Artis / Selebriti
” Adira lompat cangkuk macam tu je. Lucu lah Adira ni tapi so sweet.. ” – Komen Netizen
Video Adira Suhaimi memberikan kejutan hari lahir untuk kakaknya, Emma Suhaimi dan Nana curi perhatian warganet. Terkejut Emma dan Nana ada orang ketuk pintu dan menjerit marah-marah, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan penyanyi Adira Suhaimi pastinya mengetahui yang Adira tinggal serumah bersama adik beradiknya yang lain. Kakak Adira, penyanyi dan juga penyampai radio Era Sabah iaitu Emma Suhaimi juga menetap bersama Adira di ibu kota.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Adira Suhaimi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Adira membuat satu kejutan hari lahir sempena ulangtahun kelahiran Emma dan Nana. Kata Adira, tarikh lahir Emma dan Nana tidak jauh bezanya dan lebih mudah disambut bersama.
Adira meminta bantuan abangnya untuk mengetuk pintu dengan nada yang keras supaya Emma dan Nana tidak menyedari dia ingin membuat kejutan. Ketika pintu rumah dibuka, Adira segera menyanyikan lagu happy birthday sambil membawa dessert yang telah dipasangkan lilin.

Gelagat Adira memeluk dan bergayut pada badan Emma mencuit hati warganet. Adira dan Emma sememangnya sangat rapat dan banyak berkongsi rahsia. Beruntung Emma ada adik yang selalu menyayangi dan mengingati hari istimewa Emma seperti ini. Ada adik beradik yang baik juga satu rezeki daripada Allah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih hampir 2000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :
” Happiest birthday Emma dan Nana.. Moga kalian baik-baik aja tau. May Allah bless u always.. “
” Hopy bufday emmasuhaimi moga suksess slalu ya dn d kelilingi org² yg baik juga senantiasa d kurniakn rezeki yg berkat.. “
” Kalau org Sabah kan mana2 p mmg ikatan persaudaraan dia kuat betul.. Tengok je Adira semua adik beradik dia bawak tinggal serumah.. Bella Astillah pun mcm tu.. Apa lagi kalau tinggal di perantauan.. “
” Happy birthday Acik emmasuhaimi.. buat buat hilang ingatan masing masing erk haha.. suka lah tengok bonding Adira dengan adik beradik dia.. “
” Happy birthday acik emmasuhaimi. Semoga sihat dan ceria selalu.. murah rezeki, Berjaya dunia akiharat.. Amin.. “
” Hahah kana tumbuk yg mengasi saprais.. adira lompat cangkuk cenggitu je haha.. lucu lah adira ni.. tapi so sweet.. “
” Happy birthday dik ku syg gundut.. Semoga sehat selalu.. Murah rezki.. Berjaya dunia akhirat.. Amin.. untung ada adik beradik macam ni.. “
Kasih sayang adik beradik yang tidak pernah berkurang dan Adira sangat menghargai adik beradiknya. Selamat hari lahir Emma Suhaimi dan Nana. Semoga semua impian Emma dan Nana dimakbulkan oleh Allah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder

