Connect with us

Artis / Selebriti

” Ni Shuib versi pipi bambam ni. Eiii awat bolat sangat ni Akira.. ” – Komen Netizen

Watie Hanifiah kongsi video terbaru anaknya, Akira Juwita Zahra yang kini sudah berusia sebulan buat ramai geram. Fuh kus semangat betul Akira, pipi tu bukan main bambam lagi. Sebijik macam muda daddy, cute sangat.. 

Akira Juwita Zahra merupakan nama puteri kedua Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah. Untuk info, Watie selamat melahirkan Akira secara pembedahan pada 6 April 2026 yang lalu. Kini Akira sudah pun berusia sebulan dan membesar dengan sihat.

Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perkembangan terkini Akira. Kelihatan muka Akira yang semakin comel dan pipinya yang tembam serta gebu. Ramai di kalangan warganet yang geram melihat pipi pau Akira itu.

Memetik komen warganet, wajah Akira semakin kelihatan seiras wajah Shuib. Kata mereka, Akira ini seperti Shuib versi perempuan yang chubby. Watie turut menulis sedikit kapsyen pendek yang mengatakan ini adalah hasil Akira minum susu badan mommy.

Siapa sahaja yang tidak geram melihat bayi tembam seperti ini. Bayi seusia Akira sememangnya memerlukan susu yang cukup untuk tumbesaran mereka. Apabila kehendak susu bayi dipenuhi, bayi susah meragam dan senang untuk dijaga serta mendapat tidur yang lena.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Aduhh shuibsepahtu sangat niii.. sorry mami hehe.. Pipi tu . Nak kene cubit-cubit ni budak akira yang comel.. “

” MasyaaAllah… bamm bammm nya pipi… gerammmnyaa lahh.. tomei Akira.. Habis kuat Muke daddy nasib kulit ikut mami,Biasa lah anak girl ikut Muke daddy org tua2 ckp sejuk.. “

” Ni shuib versi pipi bambammm nii.. sooibb sgt ni .. anak bam bam daddyyy.. Anak2 shuib semua masa baby comel sgt² paling geram tgk abg masa baby mcm ank mat salleh.. “

” Uiiii… Smgt betul bdn bby niiii.. Muka sbijik bapak laaa.. Mashallah.. dikkk pipi nak pegi mana tu heheh.. “

” Masalahnya tembammm dooh sangat awak ni syg.. gebunya awak akira, i is gewammm.. Muka daddy dia nii.. Gemoiii ppii akiraa.. “

” Ya Allah pipiiiii gerammmmmmmm.. Shuib sangat ni mami.. pipi tu nak p mana akiraaa.. Alah2 rasa nak cubit2 pipinya tu… Leher mana leher tuuuu.. “

” Eeeee awat boolattt sangat nii.. pipi pau dia tuhhhh.. Tgl nak kukus je pau tu.. comelnya Akira.. “

” MASYAALLAH anak… Baru beberapa hari duduk di dunia.. Dia punya pipi tu mcm nak bagitau betapa nikmatnya hidup… Haha…. Tomeyyy laaaa…. Soeebbb versi bam2 sangaatttt.. “

Wajah comel Akira bersama pipi paunya itu memang mengundang geram warganet. Hasil susu mommy menjadikan Akira bertambah bambam. Semoga Akira Juwita Zahra terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah untuk mommy dan daddy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Watie Hanifiah   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak