Artis / Selebriti
” Abang Red dah rujuk dengan Ami. Kita je kena game.. ” – Netizen

Video Respon Adira Suhaimi Dan Dato’ Red Ketika Live Apabila Dikatakan Sudah Rujuk. Haaa Adira Dah Jadi Petir Dah Korang, Win Betul Kata-Kata Adira. Dato’ Red Pulak Siap Cakap Dah Bersusun Perempuan Tunggu Dia, Haha !!
Adira Suhaimi dan Dato’ Red sah bercerai dengan talak 1 pada bulan April yang lalu. Walau pun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan mereka masih baik. Dato’ Red meneruskan usahanya untuk mencari rezeki bagi melangsaikan segala hutang yang ada dan Adira setia membantu Dato’ Red.
Seringkali muncul di sesi live Tiktok bersama-sama, ramai yang masih mengharapkan agar Adira dan Dato’ Red boleh kembali bersatu. Meninjau perkongsian di akaun Tiktok Putehhhxx, telah dimuatnaik sedutan video live Adira dan Dato’ Red pada 13 Mei.
Adira membaca terlalu banyak komen yang meminta mereka rujuk dan salah satu komen warganet mencuri perhatian Adira. Komen warganet ini, Adira dan Dato’ Red sebenarnya sudah pun rujuk kembali dan warganet sebenarnya ‘digula-gulakan’ oleh mereka berdua.
Adira menjawab komen warganet ini dengan cukup berhemah. Kata Adira, sekiranya mereka kembali rujuk, pastinya perkara itu akan diwar-warkan dan tidak akan dirahsiakan. Sempat Dato Red bergurau mengatakan mereka masih dalam proses mengenali hati budi. Lawak betul pasangan ini, ada sahaja sakat menyakat antara mereka. Manalah warganet tak menyuruh rujuk kembali, serasi sangat bersama.
Jom tonton video di bawah :
@putehhhx #adirasuhaimidatored #abgredadirasuhaimi #datoredadira #adirasuhaimidatukred #adirasuhaimireal #datored #abgred #adirasuhaimireal
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Yang ni la semalam kami fans yg masuk live semua komen rujuk.. mmg kitorg support diorg bersatu kembali, mesra sgt tgk diorg berdua ni.. ”
” Yang best mereka xada masam muka walau bercerai … x ada kutuk dan buka aib pasangan.. tp kalau ada jodoh semoga rujuk kembali.. serasi tok red dan ami bersama.. ”
” Aku tak sanggup tengok dato red pisah dgn datin dan adira, aku sedih mereka berpisah. mudah-mudahan masih ada jodoh mereka.. ”
” Kita doakan semoga bsatu kembali ye….. baik tu suka tengok kau org dua ni. Bercinta lah balik dato dengan adira hehe.. kan dato kata tengah mengenal hati budi.. ”
” Betul la tu.. anda berdua mmg serasi .. rujuk la . hidup ni mmg ade gelora tapi berpisah bukan pilihan.. semoga jodoh bertaut semula.. ”
” Dalam hati diaorng ni masih Ada Sayang.. petir o petir, dia dah mula dah.. InsyaAllah semoga bersatu kambali Adira dn dato Red.. ”
” Kalau bergabung meletop.. saya doakan semoga berjodoh kembali.. lpasni kawin balik, lpastu kekalkn yg gurau² ni.. baru ceria.. ”
Seronok warganet melihat kemesraan dan keserasian antara Adira dan Dato’ Red itu. Betul kata Adira, andai ada jodoh dan kembali bertaut, tidak akan ke mana. Untuk masa sekarang, sama-sama kita mendoakan sahaja yang terbaik untuk pasangan ini dan menyokong usaha mereka mencari rezeki yang halal.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedap suara Mateen, yang penting jari tu mainkan peranan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” 1st time dengar suara Aleefa nyanyi. Best sangat, merdu macam Arni. Awie dan Arni Nazira versi muda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nyanyi dengan perasaan, sampai ke sini dik. Nangis dengar Thalita nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Weh aku yang risau dia jawab sepatah sepatah. Sejenis nak laju ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part high note tu, fuh international. Auto lain lagu tu, memang meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wajah kali ni cantik sangat persis sama macam zaman kegemilangan Zahnita dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thalita ni dia ada aura macam ibu dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sedap suara anak dia, bakat dari ayahnya.. ” – Komen Netizen