Connect with us

Artis / Selebriti

” Lawanya Phyrosh, tinggi lampai orangnya. Ina nampak muda je.. ” – Netizen

Penampilan Terbaru Anak Perempuan Ina Naim, Phyrosh Elfadwah Ketika Di Mahlis Pernikahan Adik Bongsu Ina Raih Perhatian Ramai. Alahai Dah Besar Anak Dara Ina, Tinggi Lampai Dan Dah Lebih Tinggi Daripada Ina. Cantik Dan Manis Orangnya !!

Bagi yang mengikuti perkembangan Ina Naim, pastinya mengenali sahabat baik merangkap jiran Ina ketika menetap di Kelantan dahulu bernama Madam Tiass. Walaupun Ina sudah menetap di Johor, ukhuwah yang terjalin antara mereka tidak terputus.

Beberapa kali juga Madam Tiass menziarahi Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi Johor. Menerusi akaun Tiktok Madam Tiass, telah dikongsikan satu video yang mengandungi gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan adik bongsu Ina.

Klik gambar untuk info..

Majlis ini berlangsung dengan penuh meriah. Seluruh keluarga Ina sama-sama berganding bahu untuk memastikan kelancaran majlis adik Ina itu. Ina kelihatan ceria dan gembira, begitu juga anak-anak Ina. Antara gambar yang mendapat perhatian warganet adalah penampilan anak perempuan Ina, Phyrosh Elfadwah.

Pada usianya yang bakal menginjak 12 tahun, Phyrosh sudah kelihatan tinggi melebihi ibunya. Komen warganet, tinggi lampai betul anak dara Ina ini. Wajah Phyrosh juga manis dan menawan, gabungan wajah arwah Suhaimi dan Ina yang sejuk mata memandang.

Jom baca perkongsian di bawah :

@madamtiass

Tahniah Dik Yan(adik bongsu InaNaim)..semoga berbahagia buat selamanya. #inasuhaimi #suhaimisaad #alfatihah #fypγ‚·

♬ original sound – Haziq Rosebi – Haziq Rosebi

@madamtiass

Tahniah seluruh ahli keluarga InaNaim..majlis yang sungguh meriah #inasuhaimi #suhaimisaad #alfatihah #fypγ‚·

♬ Ramlah ram_Antara kasih sayang dan cinta – ꧁ 𝑹.π’Œπ’‚π’š_π‘Άπ’‡π’‡π’Šπ’„π’Šπ’‚π’ ꧂

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Gambar 4 orang dekat pelamin tu.. sebelah ina tu.. phyros ke?.. cantik anak dara Ina dengan arwah, tinggi lampai orangnya.. manis anak-anaknya.. ”

” Adik Ina ke kahwin tu. alhamdulillah.. Tahniah. semoga bahagia hingga ke jannah.. tahniah buat ayah ibu dpat menantu.. ”

” Phyros tinggi, manis je muka dia. Alhamdulillah dapat tengok family Cik Naim.. seorang yang sangat peramah.. Al-fatihah untuk Suhaimi Saad.. ”

” Lawanya Phyrosh tinggi lampai orangnya.. Ina nampak muda je, macam adik dengan kakak pula.. share gambar lagi madam.. ”

” Assalamulaikum sahabat selamat ptg semoga ikatan yng terbina kekal bahagia hingga kejannah layari bahtera dgn penuh kesabaran keiklasan senyum selalu.. ”

Klik gambar untuk info..

” Suka tgk ina naim. lembut je tgk. cantik yg neutral..xad mekap secalit pun kat muka. Alhamdulillah.. ”

” Ina ni muka x makan dek usia… manis je, akk yg perempuan pun suka tengok. Anak dara Ina tu pun cantik, tinggi dari ibunya lagi.. ”

Warganet juga tidak jemu melihat wajah ayu Ina tanpa secalit makeup itu. Ina sendiri ada kecantikan semulajadi, jadi tidak hairan lah Phyrosh juga manis orangnya. Semoga Ina dan anak-anak bahagia dan gembira selalu dan dipermudahkan segala urusan.

Silakan SHARE..

Sumber :Β  Tiktok Madamtiass

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT