Connect with us

Artis / Selebriti

” When seth get to meet adik for the first time.. ” – Shila Amzah

Video Reaksi Anak Sulung Shila Amzah, Seth Uwais Pertama Kali Berjumpa Dengan Adiknya Yang Baru Lahir. Alahai Seth Geram Betul Tengok Adik Dia. Comelnya Seth Sebut Nama Adik Dia, Rhea Akira Tu !!

Sebagaimana yang diketahui umum, Shila Amzah telah pun selamat melahirkan cahayamata perempuannya pada 9 Mei baru-baru ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Ubai setelah Shila selesai menjalani pembedahan. Shila dan Ubai turut memberitahu nama yang telah dipilih untuk permata hati mereka iaitu Rhea Akira.

Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Shila Amzah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi anak sulung Shila, Seth Uwais apabila kali pertama bertemu dengan adiknya itu. Seth juga sama seperti Shila dan Ubai, sangat excited menanti untuk adik baby ini lahir.

Klik gambar untuk info..

Melihat telatah Seth dalam video tersebut, dari sebelum Rhea dilahirkan lagi Seth sudah tidak sabar hendak berjumpa adik. Setelah adiknya lahir, terpancar kegembiraan di wajah Seth apabila dapat melihat baby Rhea. Seth memuji adiknya itu comel sambil menyebut nama Rhea.

Baru beberapa hari menjadi menjadi abang, Seth sudah mempamerkan sikap penyayangnya terhadap adik. Dapat dilihat Seth setia duduk di tepi katil baby untuk menjadi baby Rhea. Alhamdulillah, anugerah Allah terindah untuk Shila ada anak sebaik Seth.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Aww, comelnyaa. Seth dah makin pandai guna perkataan utk ayat2 penuh. Bangga nya. Terus Seth.. Comel giler seth sebut nama adik dia.. “

” Seth geram sangat tu tengok adik. hahaha cute seth.. Comel nya Seth. Dh jd Abg Seth skrg. Msti Rhea pun comel jg.. “

” Hensem abg long. taniah sha n ubai. hati2 sbb sha czerkn. jahitan dlm tu. sy pun dulu czer. selamat berpantang.. Alo comelnya dia.. “

” Masyaallah pandainya Seth, dah makin banyak sebut perkataan. Comel betuls bila Abang jumpa adik Rhea Akira for the 1st time.. he’s a big boy now.. “

” Moga Seth & Rhea mmbesar mnjd Anak yg Soleh & Solehah utk Mama & Papa, brjaya di dunia & di akhirat. Aamiin.. Besar nnti, Seth jg adik Rhea elok2, tau.. “

Klik gambar untuk info..

” Moga Sha, Ubai, Seth & Rhea kekal bhgia hgga ke Jannah. May Allah Bless you, Sha, and your little family forever. Aamiin. Ya Robbal Alaamiin.. “

” Aaaaaa iā€™m so touched see you seth uwais.. sweety boyyyyy cerdik pandai penyayang penyejuk hati.. Geram sgt tau.. “

Geram warganet melihat telatah Seth yang semakin bijak itu. Mulut pun semakin petah bercakap, sejuk hati mama mendengar ayat Seth. Apa-apa pun, semoga Seth dan Rhea menjadi anak yang soleh dan solehah serta membanggakan kedua ibu bapa apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber :Ā  IG Shila Amzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Ā© Berita Kopak

##FREAKOUT