Artis / Selebriti
” Insan ini memegang tangan ibuku yang bertatu nama anaknya, tanpa ada rasa jijik dan malu.. ” – Netizen
Perkongsian Luahan Hati Puteri Balqis Terhadap Noorkhiriah Buat Peminat Tersentuh. Betapa Mulianya Insan Bernama Khiriah, Kebaikan Yang Tak Semua Orang Mampu Buat. Sebak Baca Sampai Ke Akhir Ayat Aqish !!
Meninjau akaun Instagram Puteri Balqis Ashikin, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Puteri Balqis bersama pelakon senior, Noorkhiriah. Agak panjang coretan Puteri Balqis kali ini dan semuanya bercerita tentang insan yang bernama Khiriah.
Puteri Balqis menganggap Khiriah ini seperti sahabat baiknya dan memanggil Khiriah dengan gelaran ‘bestie‘. Jarak usia mereka bukan lah penghalang untuk Balqis dan Khiriah akrab bersama. Mengimbau kembali kenangan lama suatu masa dahulu, Balqis berkongsi cerita kebaikan yang dimiliki oleh Khiriah.
Pada saat semua orang mengeji dan memandang hina Balqis dan ibunya, Khiriah adalah antara insan yang melayani mereka dengan baik. Tiada sekumit rasa jijik di hati Khiriah apabila dia memeluk ibu Balqis yang penuh bertatu di tangan.

Terlalu banyak kebaikan Khiriah dan itu yang menjadi asbab mereka bersahabat baik sehingga sekarang. Kebaikan yang ditunjukkan oleh Khiriah sedikit sebanyak merubah persepsi Balqis. Balqis juga belajar banyak erti kehidupan daripada Khiriah.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Puteri Balqis ini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Auntie pun sayang Nor.. tak pernah merasa diri hebat sentiasa merendah diri dan berkongsi rasa dgn kita.. ” – Noorkhiriah
” Memuliakan orang lain pun salah satu Akhlak terpuji.. dua dua insan yang baik.. semoga terus menerus Allah lindungi dengan rahmatNya.. ”
” Honestly, walaupun tak kenal sesiapa in person, but i think adik ada sesuatu yang ramai org skrg dah tak ada. Iaitu adab yang tinggi. Akak respect sangat bab ni, mama Aqish dah buat sangat terbaik utk develop Aqish.. ”
” Kalau artis lain karang separuh jalan je baca wahh aqish punya baca sampai habis dalam sedih ada kelakarnya ya “lahabau” .. ”
” Sis khiriah ni mmg humble and baik . Kecik molek je orangnya kalau depan2. Dlu pernah pegang tangan saya utk tanya barang dkt saya . Sopan je orangnya.. ”
” Love you Aqish dari dulu sampai sekaran. Love Khiriah juga yang sempoi . Love korang punya humbleness dan bakat yang tinggi.. ”
” No others special more than you aqish.. anak yg berdikari dan kuat hati. walaupun tak semua mengerti, istimewanya aqish hanya aqish yg tau. mutiara 1 dalam berjuta.. ”
” Attitude aqish high class which is ramai anak2 muda remaja or event so called classy artis/celebrty TAK ADA.. ”
Betul kata Puteri Balqis, Khiriah ini seorang yang agama dan sifat perikemanusiaannya seiring. Bukan hanya Puteri Balqis tetapi ramai lagi rakan selebriti lain yang mengagumi sifat baik Khiriah. Semoga persahabatan antara Khiriah dan Puteri Balqis ini berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Puteri Balqis, IG Noorkhiriah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak mama, Marissa Dania datang menolong semalam. Sajalah bagitahu, hihi.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah

