Connect with us

Artis / Selebriti

” Yang ni memang nampak muka Adik Miza, gaya pun ada sama.. ” – Netizen

Abang Arwah Siti Sarah, Ahmad Yazeed Raissuddin Kongsi Video Throwback Ketika Siti Sarah Sedang Menebar Roti Canai. Alahai Terus Ramai Rindukan Arwah, Cara Arwah Cakap Lembut Sangat. Part Ni Nampak Macam Adik Miza, Sama Sangat !!

Meskipun sudah dua tahun berlalu pemergian arw4h penyanyi Siti Sarah Raissuddin, namanya masih menjadi sebutan ramai yang masih merinduinya. Banyak video mahu pun gambar kenangan Siti Sarah yang lalu dikongsikan di media sosial sebagai pengubat rindu.

Terbaru, meninjau di akaun Tiktok milik adik Siti Sarah iaitu Ahmad Yazeed telah dikongsikan satu video throwback Siti Sarah. Difahamkan video tersebut dirakamkan ketika kali pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu. Menerusi video itu, memaparkan Siti Sarah cuba berkongsi skill menebar roti canai.

Nampak cantik dan manis mengenakan baju berwarna putih, Siti Sarah telah mengatakan roti canai adalah makanannya sejak kecil lagi. Telatah Siti Sarah itu telah ditonton oleh anaknya, Uwais dan beberapa orang anak saudara Siti Sarah.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengakui wajah Siti Sarah ketika itu begitu mirip seperti Adik Miza yang menjadi viral wajahnya seperti Siti Sarah. Sehingga kini, video throwback Siti Sarah telah ditonton lebih 260 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Tiktok.

Tonton video di bawah ini :

@ahmadyazeedbinraissuddin

Kenangan bersama arwah Siti Sarah semasa 1st PKP.Waktu ni stress x boleh keluar semua pergerakkan terbatas tak boleh nak buat daily routine.Kami berpindah sementara dan berkumpul sekeluarga.Antara kenangan saya dan keluarga yg x dapat dilupakan BUAT ROTI CANAI. @MaKder @Hidayah Abdullah @ahmadfirdousraissuddin @meknda_ganu @Loveta Hq

♬ original sound – Galley Yalleyh – Galley Yalleyh

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka meluahkan rasa rindu kepada arwah Siti Sarah. Antara komen-komen menarik adalah :

” Yang ni memang nampak muka Adik Miza, gaya pun ada sama.. Ya Allah rindunya.. Wlpn dah dua tahun arwah dah tak ada, rasa arwah masih ada.. “

” Yang ni betul sama macam adik Miza, sed1h tengok video ni, terus rindu dan teringat kepada arwah.. Al fatihah buat arwah Siti Sarah.. “

” Cantik berseri-seri wajah Siti Sarah.. Suka tengok video masakan Siti Sarah buat Shuib dan keluarga, wlpn nampak simple tapi menyelerakan.. “

” Lembut jerrr suaranya… Mmg cm adik Miza kalau tengok video ni.. Al Fatihah buat Siti Sarah, semoga Siti Sarah tenang di sana.. “

” Rindu yang tak kan terhenti.. Lain macam aura arwah ni, ramai yang sedih masa arwah meninggal, seribu kebaikan Allah tunjukkan pada kita.. “

” Terasa mcm arwah masih ada je d idunia nyata.. Cantik nya arwah, macam anak dara.. Masa ni rasa arwah betul2 kurus.. “

” Masa ni arwah punya seri tu lain mcm.. Baru perasan perangai kelakar arwah ada sama dengan Adik Miza.. Al fatihah buat arwah Siti Sarah.. “

Bagi sesiapa yang selalu mengikuti perkembangan Siti Sarah sebelum ini pasti mengetahui Siti Sarah seorang yang sangat suka memasak. Banyak video masakannya dikongsikan di akaun Instagram buat tatapan para peminat. Semoga Siti Sarah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihinya Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok @ahmadyazeedraissuddin, IG sitisarahraissuddin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT