Artis / Selebriti
” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
Video ucapan khas YB Syed Saddiq sempena ulangtahun kelahiran Bella Astillah yang ke 32 tahun buat ramai terharu. Bait-bait kata YB untuk Bella begitu menyentuh hati. Lelaki kiriman tuhan untuk Bella..
Hubungan cinta antara YB Syed Saddiq dan Bella Astillah bukan lagi rahsia. Tidak berselindung mengenai perasaannya terhadap Bella, layanan YB Saddiq untuk Bella terlalu istimewa. Malahan warganet menggelarkan YB Saddiq sebagai lelaki green flag kerana sikap gentleman nya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ucapan YB Saddiq untuk Bella. Ucapan yang YB Saddiq lontarkan kali ini intonasinya berbeza dengan ucapannya sebelum ini. Keikhlasan YB Saddiq dapat dirasai oleh warganet menerusi kata-katanya itu.
Kata YB Saddiq, dia akan menyambut ulangtahun Bella ini tidak hanya sekali tetapi berkali-kali sehingga Bella muak untuk meraikan hari istimewanya itu. Setakat hari ini, sudah beberapa kejutan hari lahir yang diberikan oleh YB Saddiq untuk wanita kesayangannya ini.

YB Saddiq juga diminta untuk menjelaskan keperibadian Bella dalam 2 perkataan. Tinggi sungguh pujian dan tanggapan YB Saddiq terhadap Bella. Beruntung Bella kerana berjaya menambat hati pemuda yang setia dan berjiwa penyayang seperti YB Saddiq ini.

Perkongsian tersebut telah pun meraih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Nada dan intonasi ucapan kali ni dtg dari hati yg pnuh cinta dan bunga-bunga.. Faham, jelas terlihat keikhlasan ucapan tu YB…semoga sentiasa dalam lindungan Allah selalu.. doa dari BASSties sentiasa mengiringi.. “
” Dgr ucapan yb buat kita sebak wak.. semoga yg baik2 saje tuk kalian berdua..happy birthday bella astilah.. slmt pengantin baru (ucap awal2 x kalut).. “
” Penat jgk auntie harini, walaupun it’s Bella’s birthday tapi auntie nangis tiap kali tgk Bella n YBSS, especially dgn Ara n Ayden…. n for all the time YBSS celebrate with her.. “
” MasyaAllah terharu.. moga Allah jaga hati Yb utk bella dn anak2, jgn berubah sedikit pun, moga bahagia hingga hujung nyawa… yb buat kami menangis tau dengar ucapan ni.. “
” He wants to celebrate his Iron Lady’s birthday again & again for his whole life.. kita pun ikut sebak ucapan yb semoga korang berdua sentiasa dlm lindungan Allah amin.. “
” Sungguh bermakna kata-kata itu yb.. Tggi pujian tu YB nk lg utk yg istimewa di hati. Suka tengok dia ikhlas gayanya. Happy bornday bella.. “
” Ya Allah, nangis lagi.. betapa yb menghargai bella dalam hidup dia. yb terima bella seadanya tanpa sebarang kompromi.. bella dah jumpa pelangi dan matahari yang akan menyinari hidupnya.. “

Satu ucapan dan pujian yang ikhlas dari hati YB Saddiq untuk wanita istimewanya. Allah uji Bella dengan kedukaan suatu ketika dulu dan kini, Allah hadirkan pelangi yang membahagiakan untuk Bella. Selamat ulangtahun kelahiran Bella dan semoga segala urusan Bella dan YB Saddiq dipermudahkan.
Jom tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cenggitu je you ‘heyhhh’ kan MIL you Trice. Kelakar betul ini mertua and menantu.. ” – Komen Netizen

