Artis / Selebriti
” Who’s the next Siti Nurhaliza ? ” – Emma Suhaimi
Video Emma Suhaimi bertanya kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza siapa yang akan menggantikan DS Siti selepas ini. Jawapan DS Siti raih perhatian ramai. Wah tak sangka nama-nama yang Tokti sebut tu, ramai juga..
Kejayaan penyanyi kesayangan ramai dinobatkan sebagai Biduanita negara sememangnya disambut dengan gembira oleh semua. Kredibiliti Dato’ Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi nombor 1 negara tidak boleh dipersoalkan lagi dan figura ini banyak mengharumkan nama negara.
Meninjau entry di akaun Instagram Radio Era Sabah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual penyampai Radio Era Sabah bersama DS Siti. Antara soalan yang ditanyakan kepada DS Siti adalah mengenai siapakah yang dirasakan boleh menjadi the next Siti Nurhaliza.
Agak berat untuk DS Siti menyebut nama-namanya kerana padanya semua penyanyi yang ada sekarang semuanya berbakat besar. Antara yang disebut oleh DS Siti adalah Ernie Zakri, Aina Abdul, Aisha Retno dan Salma. Manakala lelaki pula Amir Masdi dan DS Siti memuji Amir seorang penyanyi yang hebat.
Walaupun sudah bergelar biduanita, DS Siti selalu dengan sikap merendah dirinya. Kata DS Siti, dia tidak belajar teknik menyanyi tetapi penyanyi pelapis yang ada sekarang, semuanya belajar dan ada teknik yang serba bagus. Tidak pernah DS Siti memandang rendah kepada artis lain dan itu lah keistimewaan DS Siti yang membuatkan peminat sayang padanya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tokti dh perasan kewujudan Salma Asis akhirnya.. Bakat Salma Asis bkn biasa2 cume belum rezeki dia.. “
” Ernie, Aina, Nadeera n Aisha Retno selalu Tokti akan sebut bila di tanye siapa penyanyi yg bagus di kalangan artis2 baru.. “
” Nak jd biduanita x pyh jerit smpai putus urat. Saloma, Sharifah Aini,Siti Nurhaliza. suara bak bulu perindu kata org dl2.. “
” Yaaaasss true ernie aisharetno salma aina abdul, hafizsuip amir masdi n hael mmg btul la tu semua dia sebut best2.. “
” Wowww amir masdi tu bagus… ayat Tokti… Thanks ToktI.. TokTi ni wlu dia kata x blajar teknik tp suara dia melunakkn, melemakkn, menyedapkn setiap genre lagu yg dinyanyikan. Hasilnya mmg sedap didengar. TokTi juga suka bereksperimen. She is a chameleon.. “
” Itu pendapat Tokti. tapi pendapat saya.. tiada lagi yg next ” Siti Nurhaliza”.. tiada siapa yang boleh menandingi tokti.. itu kenyataan.. “
” Saya suka dato siti sgt mhargai artis lain….. teruskan rendah hati wahai idola.. biduanita tetap humble. artis bljr teknik lg baik dr dia, walhal tokti dh dpt pelbgai pengiktirafan.. “
Jawapan yang sangat jujur dan ikhlas daripada seorang biduanita negara. Nama-nama yang disebut oleh DS Siti ada keistimewaan mereka tersendiri dan sekiranya ada team yang hebat dan plan yang tersusun, tidak mustahil antara mereka boleh menjadi satu nama gah dalam industri seperti DS Siti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Erasabah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ala kalah la Dekta macam ni. Sedap doo suara Matin. Lock lah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Una langsung tak pandai cover gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Falah pandai menyanyi, sedap suara ketua. Part last tu lawak, adoi ketua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni baru penyanyi, jadi bertambah sedap lagu ni bila Amira nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen