Artis / Selebriti
” Already get a goosebumps. Make me cry all the time when I’m listening to it.. ” – Komen Netizen
Video Ummi Umairah berduet bersama guru vokalnya, Melissa Anne menyanyikan lagu Adele yang berjudul All I Ask. Patut lah vokal Umai makin power, dengar lah suara guru dia macam mana. Meremang dengar paduan suara Umai dan Melissa..
Pastinya ramai yang mengenali penyanyi yang bernama Ummi Umairah ini. Umairah atau mesra dengan panggilan Umai ini merupakan anak saudara kepada Biduanita Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Umai juga memiliki bakat nyanyian yang sangat bagus seperti DS Siti.
Sebelum ini, Umai berjaya melakarkan sejarah apabila berjaya bergelar juara kategori Junior Champion Vocalist Of The World Championships of Perfoming Arts (WCOPA) ke 27 beberapa bulan lalu dan sekali gus kejayaan tersebut mengharumkan nama negara.
Meninjau di akaun Instagram milik guru vokal Umai yang bernama Melissa Anne, telah dikongsikan video yang yang memaparkan Umai dan Melissa berduet menyanyikan lagu bertajuk ‘All I Ask’ nyanyian asal oleh penyanyi Adele. Difahamkan Umai dan Melissa menyanyi lagu itu ketika di The Worldstars Appreciation Show di Hard Rock Cafe.

Berpadu suara membawa lagu tersebut, gandingan suara Umai dan Melissa sangat merdu dan membuatkan yang menonton video ini meremang bulu roma. Teknik dan kawalan vokal yang baik serta menyanyi dengan penuh penghayatan membuatkan lagu ini begitu sedap didengari.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya )
Di ruangan komen, selain memberikan emoji suka, ada juga yang memberikan kata-kata pujian selepas menonton video persembahan Umai dan Melissa. Antara komen-komen tersebut adalah :
” You guys are absolute gems.. This Song so much.. Make me cry all the time when I’m listening to it.. ”
” Already get a goosebumps.. Powerr lah both vocalss. Never felt dissapointed with both of you guys vocals.. “
Maka, tidak hairan lah kalau vokal Umai semakin hari semakin bagus kerana Umai memiliki seorang tenaga pengajar vokal yang sangat bagus. Semoga Umai terus belajar untuk menjadi penyanyi yang baik dan lebih berjaya pada masa hadapan.

Apa-apa pun, bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga lah Umai yang turut mempunyai bakat nyanyian sama seperti ibunya sendiri, Siti Saerah dan ibu-ibu saudaranya yang lain iaitu DS Siti Nurhaliza dan Siti Norsaida Tarudin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG itsmel.anne
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

