Connect with us

Artis / Selebriti

” Sekali pandang macam arwah Siti Sarah masa muda-muda.. ” – Netizen

Gambar Wajah Anak Saudara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah Mengenakan Make Up Ketika Menyertai Pertandingan Nyanyian Raih Perhatian Warganet. Dah Besar Umai, Dah Anak Dara. Makin Cantik Sekarang !!

Memang tidak dinafikan Umairah atau lebih mesra dengan panggilan Umai yang juga merupakan anak saudara Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini memiliki suara yang lunak ketika menyanyi. Meninjau di akaun Instagram, Umai telah memuatnaik beberapa gambar dan video yang memaparkan dirinya menyertai sebuah pertandingan.

Difahamkan Umai menyertai pertandingan World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2024. Salah satu video yang dikongsikan memaparkan Umai mempersembahkan lagu Zheng Fu dan Umai layak ke peringkat akhir pertandingan tersebut.

Klik gambar untuk info..

Terbaru, Umai berkongsi berita gembira yang dirinya berjaya dalam pertandingan tersebut dengan memuatnaik gambar bersama ibu tersayang, Siti Sairah memegang kad yang memaparkan jumlah wang yang dimenanginya. Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet.

Ada yang memberikan komen mengatakan sekali pandang melihat wajah Umai bersolek seperti wajah arwah Siti Sarah Raissuddin. Warganet juga turut memuji Umai memiliki auranya yang tersendiri dan mampu berjaya dalam bidang seni suara.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)Β 

Di ruangan komen, selain memuji kecantikan Umai, ramai yang turut menitipkan ucapan tahniah atas kejayaan yang diperolehi oleh Umai. Antara komen-komen warganet adalah :

” Sekali pandang macam arwah Siti Sarah masa muda-muda.. Tahniah Umai.. Memmg berbakat, semoga umai terus berjaya dipentas dunia.. “

” Ahamdulillah and congratulations Umai, very impressive n so proud. Cantik tengok dia makeup.. Dah besar Umai sekarang.. “

”Β  Tahniahh Umai.. Syukur semoga terus menerajui kejayaan dimasa akan datang.. Dah nampk dah pelapis Siti Nurhaliza wanabe.. “

” Cantiknya Umai.. Tahniah moga terus berjaya.. Nampak mama dia bangga betul dengan kejayaan anak tersayang.. Tahnoah sekali lagi.. “

” Cantekknyaa.. Tahniah Umai, semoga Umai akan berjaya dalam bidang diceburi ke peringkat lebih tinggi ye insyaaAllah.. “

” Dulu zaman mak Salmah & ctdk bersusah payah sehingga berjaya menjadi penyanyi No. 1 Malaysia.. Now era Umai & bonda tercintanya Saerah menempa nama, meneruskan kesinambungan bakat yg ada dalam darah keluarga.. “

” Makin cantik anak buah Tokti ni.. Tahniah tengok semalam memang padu habis.. Suara Umai sedap sangat menyanyi.. “

Klik gambar untuk info..

Memang merdu suara Umai, selayaknya patut menang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Umai, semoga Umai terus maju jaya lagi pada masa hadapan dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi oleh Umai.

Silakan SHARE..

Sumber : IG umairah_sairahtarudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT