Artis / Selebriti
” Mantap betul suara dia, memang padu habis lah..” – Komen Netizen
Video persembahan seorang peserta uji bakat Calpis Soda One In A Million menyanyikan lagu Marsha Milan berjudul Cinta raih pujian ramai. Part tarik tinggi tu meremang dengar, power sungguh. Marsha pun ada tinggalkan komen..
Program nyanyian paling ikonik di Malaysia iaitu Calpis Soda One In A Million (OIAM) kini kembali selepas 15 tahun. Pencarian bakat nyanyian untuk program tersebut telah dijalankan dan ianya terbuka kepada individu berusia 15 tahun ke atas dari Malaysia serta negara jiran.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik radio Hot FM telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan salah seorang peserta uji bakat Calpis Soda One In A Million. Menerusi video itu, seorang gadis memilih lagu daripada penyanyi Marsha Milan bertajuk ‘Cinta’ untuk diujibakatnya.
Tidak disangka, persembahan gadis ini telah berjaya memukau para juri apabila cara nyanyiannya yang mantap dan suaranya juga tinggi seperti Marsha Milan. Perkongsian video ini juga menarik warganet yang turut kagum mendengar gadis tersebut.

Ketika diwawancara, gadis ini memberitahu yang dirinya berasal dari negeri Sabah dan ramai yang meninggalkan komen mengatakan orang-orang dari Sabah kebanyakan memiliki suara yang merdu. Selain itu, perkongsian video ini juga mendapat respon daripada Marsha sendiri.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka menyukai video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mantap betul suara dia.. Mula2 dia nyanyi lagu bang bang tu.. Mmg sedap gil4. Sekali rap. Pergh. Lagu Marsha ni pnnn wuu sedapp.. “
” Ya Allah dah la panggil sayang.. Hahaha comel reaction dia.. Sis love sangat.. Good luck dikk.. Moga ada rezeki jadi penyanyi nanti.. “
” Sekali dgr mcm tau sudah org Sabah ni mesti. Power oooh. Tahniah.. Orang Sabah memang suara sedap-sedap belaka.. “
” Ooo org Sabah… Tapi slang dia takda, ingatkan orang sebelah semenajung sini tadi. Tahniah Adik, good luck for next step.. “
” Ramai artis layak pula, kau kena radu lagi dek.. Moga berjaya yaaa.. Suara memang padu habis dah, moga ada rezeki kau.. “
” Ni mesti jenis ada tiktok jugak ni tiktokers. Tak fake. Tak cover ayu walaupun memang dah comel. Mantap adik, tahniahhhh.. “
” Anduk bah.. Cute betul.. Nampak dia seronok betul bila dapat tahu dah layak.. Tahniah2.. Suara ada mcm suara Marsha.. “
Komen daripada Marsha :

Kecil molek sahaja orangnya, tetapi suaranya begitu hebat, setaraf dengan penyanyi profesional. Hebat lah adik, siap terima pujian daripada Marsha. Apa-apa pun, semoga ada rezeki untuk adik ini terus mara ke peringkat seterusnya, mana tahu pada masa hadapan dia bakal bergelar seorang penyanyi hebat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti3 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad

