Artis / Selebriti
” Tengok Kak Lina dan Mdno bercakap, sekali kita-kita dok senget-senget muka, mulut ni hah.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein berceloteh bersama Tiktoker Mdno buat ramai terhibur. Aduhai, bila dua-dua berjumpa, riuh rendah jadinya. Lawak lah bila Soraya dan Abang Baharom bergabung. Kecoh betul, haha..
Bagi yang suka mengikuti pemilik nama Mdno di akaun TikTok, pasti tidak kering gusi ketawa apabila menonton video-video yang dikongsikan oleh Mdno. Walaupun video-videonya mencuit hati, namun ianya sangat bermanfaat kerana Mdno suka berkongsi pelbagai tips dan nasihat kepada umum.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Elly Mazlein, telah dikongsikan video yang memaparkan Elly bersama Mdno. Menerusi video tersebut, Elly dan Mdno bercakap dengan gaya sama dan mereka saling ketawa. Seloroh Elly di ruangan kapsyen, mengatakan yang dia akhirnya dapat bertemu dengan ‘kembar’nya.
Sebelum ini ramai yang mengatakan jika melihat Mdno bercakap seperti melihat Elly bercakap.Begitu lah juga sebaliknya. Ramai akan mengatakan gaya Elly sudah seperti kembar Mdno. Perkongsian video itu telah mengundang tawa warganet.

Ramai yang terhibur mendengar coletah Elly bersama Mdnor dan ada yang berharap selepas ini Elly serta Mdno akan bergandingan bersama menjadi pengacara sebuah program. Sehingga kini, perkongsian video oleh Elly ini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet selepas menonton video yang dikongsikan oleh Elly. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tengok Kepom dan Mdno bercakap, kita-kita sekali dok senget-senget muka mulut ni hah.. Korang berdua memang kelakar habis tau.. “
” Meledak, pecah panggung.. Lain maciam letusan gabungan kali ni, hahaha.. Mesti best kan kalau kepon dan Mdnor jadi pengacara sama2.. “
” Lawak la dua2, uat talk show,,tetamu yg sme riuh jugak.. Kompem meletup begegar kebabom segmen tu… Huhu tak percaya, try lah buat.. “
” Maletoppppppp kebaabaooommm. Cepattttt kami nak tonton Rafidah Utama dan Bakar berentap hahahahaaha.. Mesti gempak lah.. “
” Korang bayangkan kt stage, mempersembahkan kak utama dgn abg bakar.. yeayyyyy.. Berapi bebb, kita lock lah, hahahahaha.. “
” Ya Allah.. Meluatt erk … HAHHAAHAHA .. Rashidah utama dan Bakar .. Mak jemah betul dua2 hahaha.. Program makcik pakcik bawang.. “
” Tengok cara ckp je pon da penat apa lagi kalau ada program.. Penat kite gelak aje nanti, hehe mesti best kan.. Huhuhu.. “
Apabila dua-dua bergabung, terus riuh rendah jadinya. Memang kelakar lah Elly dan Mdno ni, nampak ada keserasian jika mereka bergandingan bersama menjadi pengacara. Mana tahu kan, tengok-tengok Elly dan Mdno ada kejutan buat para peminat mereka selepas ini. Sama-sama kita nantikan..

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Moment ni touching tau, I pulak yang cry.. ” – Komen Netizen

